::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Monday, October 12, 2015

Inilah 11 Pekerjaan Pelik Di Pejabat Google Yang Anda Tidak Pernah Terfikir | Pernahkah anda terfikir untuk bekerja di bawah syarikat terkemuka Google?

Jika pernah apakah pekerjaan yang anda diinginkan?

Sebenarnya, terdapat 11 pekerjaan pelik yang ada di Google.

Dipetik dari Businessinsider, berikut 11 pekerjaan atau kedudukan yang mungkin tidak akan anda percaya ada di pejabat Google.

1. Dance Program Manager
Hairan? Tapi inilah kenyataannya. Google sengaja mengupah orang untuk mengajar tarian dan yoga di studio tarian milik mereka. Tujuannya tidak lain untuk membuat pekerja tetap sihat.

2. Massage Therapist
Jangan bimbang !penat atau badan sengal ketika bekerja. Para pekerja ini siap memberi urutan untuk anda.

3. Nutritionist
Tak ada lagi alasan jajan sembarangan ketika rehat makan tengah hari. Google menyajikan pelbagai santapan berkhasiat tinggi yang dipilih oleh para Nutrisionist.

4. Ergonomics Specialist
Tugasnya mengatur ruang kerja anda agar selesa dan menyihatkan. Mereka memastikan para pekerja yang lain tidak menderita sakit punggung ketika bekerja. Cukup aneh kan?

5. Fitness Program Manager
Para pekerja bertugas untuk membuat pekerja lain mempunyai badan profesional. Jika anda ingin kurus dan mengurangkan berat badan, cubalah melamar pekerjaan di Google.

6. Transportation Program Manager
Tentunya seseorang harus menetapkan alur pengangkutan para pekerja di Google, misalnya basikal. Orang yang bekerja di posisi ini harus memastikan semua pekerja boleh mundar mandir dengan mudah.

7. Jolly Good Fellow
Tugasnya adalah sebagai motivator agar setiap pekerja bekerja secara maksimum.

8. Green Team Lead
Mereka diwajibkan mengurus kecekapan tenaga pada bangunan pejabat dan mencari sumber makanan yang mesra alam sekitar.

9. Food Scientist
Orang-orang ini bertugas melakukan eksperimen tentang makanan yang percuma disediakan, seperti coklat M & M.

10. Childcare Center Preschool Teacher
Para guru ini bertugas mengajar dan menyelia kemudahan penjagaan kanak-kanak yang Google tawarkan di beberapa pejabatnya.

11. Intergalatic Federation King Almighty and Commander of the Universe
Rasa aneh? Jabatan yang dipegang oleh Tiffany Montague ini bertujuan untuk menjalankan projek luar angkasa Google, seperti menghantar robot ke bulan.

via : gilerkentang.com

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers