::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Tuesday, April 5, 2016

Pada waktu ini, saya sudah mendengar pelbagai keluhan tentang kos sara hidup yang semakin meninggi, duit tak cukup, tak tahu nak uruskan duit, komitmen yang tinggi dan pelbagai lagi yang melibatkan kewangan peribadi. Apa yang saya boleh katakan.. orang semakin kekurangan duit mahupun nilai duit.
Tujuh tips mungkin dapat membantu anda semua dalam penyelesaian masalah anda.
 Pertama: Back to source iaitu Allah swt.
Saya selalu berdoa kepada Maha Pencipta “Semoga Allah menunjukkan jalan keluar terhadap hutang-hutang yang selalu mencekik saya pada setiap bulan”. Lakukan solat Dhuha untuk diperluaskan pintu rezeki. Bersedekah menggunakan wang walaupun hanya 1 sen (ikut kemampuan, yang penting ikhlas) atau bersedekah menggunakan kudrat (menolong orang lain.. keluar peluh je, bukan guna duit pun).

Kedua: Ubah pemikiran
dengan membaca buku, bergaul dengan orang yang ingin berjaya @ sudah berjaya, pergi seminar… dan yang paling penting, cuba aplikasikan teori kepada praktikal. Ramai orang yang hanya membuat bahagian teori tetapi mengalah apabila melibatkan praktikal. Ini kerana ramai yang masih belum mahu keluar dari ‘comfort zone’ mereka. “Itu susah, ini sudah, mana boleh macam ni..” Kalau ini yang keluar dari mulut anda, maka saya pasti 100% malahan 1000% anda tak akan ke mana-mana malahan kewangan peribadi anda akan menjadi semakin parah. Saya selalu memikirkan setiap hari idea-idea yang mungkin boleh saya praktikkan (sebelum tidur) untuk esok hari dalam menyelesaikan masalah yang saya hadapi sebelum ini. Sekarang, pemikiran sebegini sudah menjadi rutin bagi saya apabila ada masalah yang harus saya selesaikan.

Ketiga: Be Creative and Flexible!
Apabila ingin melakukan praktikal, anda harus mempunyai pilihan untuk menyelesaikan satu masalah. Sekiranya masalah tersebut melibatkan hutang yang lapuk, apa pilihan yang anda ada untuk menyelesaikan masalah ini. Fikir plan A, B, C dan D. Ini yang akan saya fikirkan sebelum tidur, apa pilihan yang saya ada dan pilihan manakah yang ingin saya buat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya susah untuk tidur kalau tak menjumpai pilihan yang bakal saya buat untuk keesokkan hari.

Keempat: Fokus, Fokus dan Fokus!
Ini ada turun naik nya tapi yang penting, apabila anda rasa tersasar.. ubah balik jalannya ke trek yang betul. Jangan tersasar terlalu jauh. Anda dapat rasanya sendiri bahawa diri sendiri berada dalam keadaan fokus atau sudah tersasar, malahan mungkin sudah menyimpang terus.

Kelima: Mengintai peluang dari tirai otak!
Ya, saya selalu mencari peluang yang mungkin ada. Dengan pembacaan, pergaulan, melihat sekitar… anda akan jumpa peluang-peluang yang mungkin ada dalam penyelesaian masalah kewangan anda. Sebab itu saya dapat menyelesaikan hutang lapuk dengan cepat disebabkan sentiasa melihat peluang dan membuat sedikit analisis terhadap risiko (adakah saya boleh menerima risiko yang bakal berlaku dari keputusan yang dibuat).

Keenam: Sabar dan Sabar.
Ya, anda harus sabar untuk penyelesaian masalah. Tidak ramai yang sabar untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara yang singkat. Apabila anda selalu hilang sabar dan sentiasa nak mudah, maka poket anda akan terdedah dengan buaya-buaya yang mencari mangsa di luar sana. Percayalah, buaya-buaya ini berbaju dan kadangkala cantik atau hensem!

Ketujuh: Kembali kepada penyataan pertama, kedua hingga ketujuh. Lakukan pusingan ini dan segala masalah kewangan anda akan selesai.

Kredit: nurussalamaziz.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers