::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Friday, January 15, 2021

 
 
Tip yang boleh dicuba oleh mereka yang mahu mencari jalan lebih singkat, mudah dan efektif dalam memastikan rumah mereka sentiasa bersih dan tersusun. 
 

1. Selalu berlaku apabila kita mengangkat sampah untuk dibuang, terdapat koyakan kecil yang membuatkan air sampah menitik hingga kita terpaksa memperuntukkan pula masa mengelap lantai dengan bersih sehingga bau busuk hilang. Bagi mengelaknya berlaku lagi, setiap kali meletakkan plastik baru ke dalam tong sampah, masukkan kepingan surat khabar pada bahagian dasarnya untuk menyerap dan menampung sebarang cecair supaya ia tidak menitis.

2. Jika mempunyai banyak beg plastik, tentu ia kelihatan semak. Bagi membantu rumah kelihatan lebih kemas dengan cara menjimatkan, lekatkan bekas tisu kosong pada bahagian tepi almari atau kabinet dapur dan simpan gumpalan plastik ke dalamnya. Lebih kemas dan lebih mudah diambil.

3. Apabila barangan kaca pecah berderai di dalam rumah, ia memang merungsingkan terutama jika ada anak kecil, kerana kita tidak mahu sesiapa terpijak serpihan kaca yang ada. Sukar untuk mengutip setiap satu terutama serpihan halus. Gunakan sekeping roti putih dan sapukan ke lantai di kawasan kaca jatuh dan sekitarnya sebagai satu cara efektif mengutip kaca halus. Jika tidak yakin, sapu sekeping lagi roti putih ke lantai.

4. Bagi memastikan baju terutama yang licin tidak mudah terjatuh dari penyangkut baju, ikatkan getah pada kiri dan kanan penyangkut baju sebelum digunakan untuk menyangkut pakaian yang licin.

5.Kadangkala ketika mandi air panas, cermin akan dipenuhi stim dan kabur sehingga kita tidak dapat melihat wajah kita, gunakan pengering rambut untuk menghilangkan stim berkenaan.

6. Ketika mencari barangan kecil yang hilang, boleh gunakan penyedut hampagas, tetapi sebelum itu sarungkan stokin pada muncungnya supaya dapat menangkap sebarang objek kecil yang kita cari misalnya subang yang terjatuh.

7. Membersihkan ketukar gelombang mikro bukan kerja yang disukai, tetapi cara yang mudah adalah dengan memasukkan potongan lemon dan air dalam satu mangkuk untuk dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro buat seketika. Sebaik habis dipanaskan, lap saja semua bahagian dalam ketuhar.

9. Gril pemanggang selalunya penuh dengan sisa minyak dan makanan. Cara mudah bersihkannya adalah dengan memotong sebiji bawang besar dan gosokkan pada gril itu. Ia dengan mudah akan menjadi bersih dan mempunyai bau bawang yang enak utuk sesi memanggang seterusnya.

10. Klip pada bungkusan roti yang dibeli tidak perlu dibuang, sebaliknya ia boleh digunakan untuk melabelkan pelbagai wayar yang ada di dalam rumah, misalnya pengecas telefon, komputer atau barangan seperti ketuhar mikro, pembakar roti atau pemanas air. Ia seterusnya memudahkan kita mengambil plag yang betul.

 Kredit: hmetro.com.my

 

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers