::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Saturday, July 25, 2009


Mendidik anak tentang kemampuan berdikari juga melibatkan membantu mereka belajar menerima kegagalan dan kekalahan dalam hidup.
GALAKAN anak-anak anda untuk mencuba perkara baru tanpa rasa takut.
________________________________________

KANAK-KANAK sering berada dalam situasi yang tertekan untuk berjaya, manakala ibu bapa pula menghadapi tekanan bagi membantu anak-anak mengecapi kejayaan.

Tetapi apakah definisi sebenar kejayaan? Adakah ia bermakna memasuki sekolah yang betul? Ataupun memperoleh A untuk semua subjek? Atau memenangi biasiswa atlet? Ya, sudah tentu semua matlamat ini nampak menarik, tetapi ia tidak semestinya bermakna anak anda gembira atau berasa diri berjaya.

Bagi sesetengah orang, kejayaan bermakna keupayaan membantu anak memahami siapa mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk menerokai minat serta bagaimana bakat serta potensi tersebut dapat diaplikasikan sepenuhnya.
Itu juga bermakna ibu bapa perlu ingat bahawa semua kanak-kanak adalah berbeza. Anak hadir dalam kehidupan ini bersama personaliti yang unik dan tersendiri beserta kemahiran serta minat berlainan. Ibu bapa perlu membantu setiap anak mencari dan menemui minat mereka sebagai individu.

Kita juga boleh membantu anak menjadi lebih berdikari dengan ‘memandu’ mereka membuat keputusan sendiri dengan tepat. Hakikatnya, ibu bapa tidak akan selama-lamanya berada di sisi anak untuk memberinya panduan seumur hidup.

Keupayaan berdiri di atas kaki sendiri ibarat payung yang membolehkan anak mengenali diri dan menerima diri seadanya. Maksudnya anak menerima kelemahan serta kekuatan diri dan membina keyakinan untuk membuat pilihan yang tepat.

Mempelajari cara membuat keputusan yang betul bermakna si anak perlu diberi peluang untuk mencuba perkara baru dan membenarkan kebebasan dalam genggaman mereka.

Mendidik anak tentang kemampuan berdikari juga melibatkan membantu mereka belajar menerima kegagalan dan kekalahan dalam hidup sebagaimana penerimaan terhadap kejayaan.

BERIKAN kata-kata semangat sebagai menghargai usaha anak anda.
________________________________________
Saban kali apabila anak berjaya, kita sering menghadiahkan mereka kata-kata semangat dan memberitahu betapa bangganya kita dengan kejayaan mereka.
Sementara kita memuji prestasi mereka, kita juga perlu memastikan anak benar-benar tahu sejauh mana kita berasa bangga terhadap kejayaan mereka.

Apabila timbul kegagalan atau kekalahan, kita patut melakukan perkara yang sama iaitu memberi anak pelukan dan memberitahu betapa kita menghargai usaha mereka. Kita berada di sisi anak di saat mereka kecapi kejayaan dan juga kegagalan.


Berkongsi kegagalan anda


Salah satu jalan terbaik untuk mengajar anak tentang nilai sesebuah kejayaan atau kegagalan adalah dengan berkongsi pengalaman anda. Misalnya apabila anak kalah dalam satu pertandingan atau gagal memperoleh markah memuaskan dalam peperiksaan, anda boleh gunakan kisah lama anda sewaktu kecundang dalam perlawanan tenis.

Ceritakan kepada anak bagaimana anda kecundang dalam peringkat akhir perlawanan dan adakah anda kecewa? Sudah tentu dan inilah yang ingin anak ketahui. Walaupun begitu, kekalahan ini tidak menghalang anda daripada meneruskan sukan tenis yang digemari itu.

Anak perlu mengetahui bahawa kegagalan dan kekalahan adalah sebahagian daripada sesebuah permainan mahupun perlawanan. Semua orang akan berdepan dengan kemenangan dan kekalahan dalam sesebuah peringkat kehidupan.

Apa yang penting adalah anak perlu berasa selesa dengan perspektif dan realiti hidup bahawa tiada orang yang sempurna di dunia ini. Biarkan anak tahu bahawa mungkin dengan peluang sekali lagi, dia mampu memperoleh keputusan atau kemenangan yang lebih baik.

=====================================================================

- Diadaptasikan daripada buku Woman First, Family Always: Real-Life Wisdom from a Mother of Ten oleh Kathryn Sansone. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.babiesonline.com.

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers