::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Saturday, August 1, 2009



Sebenarnya dalam kehidupan seharian, berlaku pergeseran dan perselisihan faham yang boleh menimbulkan kemarahan dan sakit hati adalah perkara lumrah. Selagi dinamakan manusia, kerana selain akal manusia juga mempunyai nafsu. Tetapi yang menjadi persoalannya, sampai bila perasaan marah, sakit hati dan dendam itu akan dibiarkan menguasai diri? Mungkin ramai yang tidak sedar, perasaan negatif begini banyak dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan iblis.

Sikap pemaaf dan meminta maaf adalah pelengkap kepada bagaimana untuk memiliki hati yang baik. Namun, tidak mudah untuk melakukan dua perkara ini. Contohnya ramai yang berkata mereka telah memaafkan seseorang yang menyakiti mereka, sebenarnya ianya hanyalah ungkapan di bibir. Sedangkan jauh di sudut hati, dia mengambil waktu yang lama untuk membebaskan diri daripada rasa benci dan marah yang kian lama telah bersarang di dalam hati.

Meminta maaf ialah perkara yang dituntut tetapi sukar untuk dilaksanakan. Mungkin kita tidak merasa berbuat salah pada seseorang, atau beranggapan, biarlah yang muda meminta maaf daripada yang tua, dan sebagainya. Apa pun alasannya, selesai perbalahan,tidak kiralah memihak kepada siapa, kita perlu meminta maaf. Terlalu sukar tetapi ganjarannya amat tinggi. Orang yang meminta maaf akan mendapat ganjaran pahala sebanyak 90 peratus dan orang yang memaafkan pula sebanyak 10 peratus.

Dalam situasi begini, kita dituntut agar setiap malam sebelum tidur, muhasabah diri. Kita memaafkan semua orang yang pernah buat salah pada kita dan doakan kesejahteraan mereka. Tidak kira sama ada mereka masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Buangkan segala perasaan marah, dengki, dendam dan segala yang tidak baik. Serahkan segalanya kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers