::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Wednesday, September 30, 2009

  1. jawatan kosong UUM
  2. jawatan kosong MPK

jawatan kosong UUM

Iklan jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia
Tarikh tutup 8 Oktober 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia.

1.Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41 (1 Kekosongan)
2.Pegawai Psikologi Gred S41 (1 Kekosongan)
3.Pegawai Farmasi Gred U41 (1 Kekosongan)
4.Pegawai Kebudayaan Gred B27 (1 Kekosongan)
5.Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (2 Kekosongan)
6.Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 (1 Kekosongan)
7.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (1 Kekosongan)
8.Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 (3 Kekosongan)
9.Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 (1 Kekosongan)
10.Penolong Jururawat Gred U11 (1 Kekosongan)

Iklan lengkap jawatan kosong di UUM


jawatan kosong MPK

Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuantan
Tarikh 12 Oktober 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap bagi jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Pahang Darul Makmur:

1. JURUTERA J41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. PEMBANTU UNDANG-UNDANG L29
4. PENOLONG AKAUNTAN W27
5. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) J17
6. JURUTEKNIK J17
7. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
8. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
9. TUKANG K2 (JURUGEGAS) R11
10. TUKANG K3 R9
11. PEKERJA AWAM R1
12. PENYELAMAT N1


Iklan lengkap jawatan kosong Majlis Perbandaran Kuantan
Borang permohonan

Monday, September 28, 2009

  1. Program penempatan kerja di Sarawak
  2. jawatan kosong DBP
  3. jawatan kosong PDC
  4. jawatan kosong KUIN
  5. jawatan kosong IKIM

Program penempatan kerja di Sarawak

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN 2009

BAHAGIAN KAPIT

TEMPAT : DEWAN SUARAH, KAPIT
TARIKH : 3 OKTOBER 2009


BAHAGIAN SRI AMAN

TEMPAT : DEWAN SUARAH, SRI AMAN
TARIKH : 10 - 11 OKTOBER 2009


BAHAGIAN SIBU

TEMPAT : DEWAN SUARAH, SIBU
TARIKH : 10 - 11 OKTOBER 2009

jawatan kosong DBP

Iklan jawatan kosong di Dewan bahasa Dan Pustaka
tarikh tutup 28 September 2009

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dipelawa untuk memohon jawatan seperti yang berikut :


PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41 (KONTRAK)
Penempatan di Ibu Pejabat DBP


Iklan lengkap jawatan kosong Dewan bahasa Dan Pustaka
Borang permohonan

jawatan kosong PDC

Iklan jawatan kosong di Penang Development Corporation
Tarikh tutup 9 Oktober 2009

1. Pembantu Juruaudit Kanan (Gred W22) – Tetap (1 jawatan)
2. Pembantu Akauntan (Gred W17) – Tetap (1 jawatan)
3. Juruteknik (Mekanikal) (Gred J17) – Tetap (1 jawatan)
4. Pengawal Keselamatan (Gred KP11)– Tetap (1 jawatan)



Iklan jawatan kosong di Penang Development Corporation

jawatan kosong KUIN

Iklan jawatan kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
tarikh tutup 15 Oktober 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG


1. (a) Jawatan : Pegawai Tadbir (Gred N41)
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

2. Jadual Gaji : P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 – P2T26 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 – P3T26 RM5220.62

3. Syarat Lantikan :

i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3 1871.18]; atau

iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian

tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4 1961.63]

iv)Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Tetap / Sementara / Sambilan


5. Keutamaan :

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa

Arab dengan baik.

6. Alamat Pemohon :

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis, dengan mengemukakan maklumat diri (resume),
Beserta sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta semua sijil-sijil yang berkaitan kepada:

Pendaftar Kolej Universiti Insaniah (KUIN),
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star, Kedah Darul Aman.
(u.p : Bhg. Pengurusan Sumber Manusia)

7. Tarikh Tutup :Selewat-lewatnya sebelum atau pada
15 Oktober 2009 (Khamis)


jawatan kosong IKIM

Iklan jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia
Tarikh tutup 30 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).



Penolong Pegawai Pemasaran

Tarikh Iklan : 01/09/2009
1.1 (a) Kumpulan :
Sokongan

(b) Taraf Jawatan :
Tetap

(c) Tempoh Percubaan :
2 Tahun




1.2 Jadual Gaji :
RM1,735.44 x 90.75 – RM3,641.19

(Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman)

(a) Elaun



(i) Khas
(ii) Imbuhan Tetap Perumahan
(iii) Bantuan Sara Hidup
:
:

:
RM 160.00
RM 180.00

RM 300.00




1.3 Syarat Lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:







  • Warganegara Malaysia;

  • Diploma di dalam bidang pemasaran dari Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

  • Mempunyai 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan

  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiriaf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
1.4 Bidang Tugas :
Membantu Pegawai Pemasaran di dalam tugas-tugas mempromosi dan memasarkan produk-produk IKIM.



Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 30/09/2009 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.


Catatan Am

Salinan sijil-sijil yang dikemukakan hendaklah diakui sah oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Permohonan tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Thursday, September 17, 2009

  1. jawatan kosong KESEDAR
  2. jawatan kosong MPLBP
  3. jawatan kosong MPPG
  4. jawatan kosong MDLG
  5. jawatan kosong MPKB

jawatan kosong KESEDAR

Iklan jawatan kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Tarikh tutup 30 September 2009

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi memenuhi Visi dan Misi KESEDAR.


1.1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 SECARA KONTRAK/TETAP
1.2. AKAUNTAN GRED W41 SECARA KONTRAK/TETAP
1.3. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41 SECARA KONTRAK/TETAP
1.4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29 SECARA KONTRAK/TETAP
1.5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 SECARA KONTRAK/TETAP
1.6. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 SECARA KONTRAK/TETAP
1.7. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S27 SECARA KONTRAK/TETAP
1.8. PENOLONG PEGAWAI RANCANGAN TANAH GRED G27 SECARA KONTRAK/TETAP
1.9. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT27 SECARA KONTRAK/TETAP
1.10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 SECARA
KONTRAK/TETAP
1.11. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17 SECARA KONTRAK/TETAP
1.12. JURUTEKNIK UKUR GRED J17 SECARA KONTRAK/TETAP
1.13. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17 SECARA KONTRAK/TETAP
1.14. JURUTEKNIK GRED J17 SECARA KONTRAK/TETAP
1.15. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S17 SECARA KONTRAK/TETAP
1.16. PENYELIA RANCANGAN TANAH GRED G17 SECARA KONTRAK/TETAP
1.17. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 SECARA KONTRAK/TETAP
1.18. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 SECARA KONTRAK/TETAP

Iklan lengkap jawatan kosong KESEDAR
Borang permohonan

jawatan kosong MPLBP

Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan ( MPLBP)
Tarikh tutup 22 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.

1. PENOLONG JURUTERA - J29
2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA - J29
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN - W27
4. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN/OPERASI) - N17

Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan ( MPLBP)

jawatan kosong MPPG

Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Di bawah Program Khidmat Singkat
Tarikh tutup 25 September 2009

Di bawah pakej rangsangan ekonomi ke-2 Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukkan 15 jawatan kepada MPPG untuk pengambilan Pegawai Khidmat Singkat bagi jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 bagi menjalankan kerja-kerja kawalan penyakit dan pemantauan premis-premis makanan.

Pemohon daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan tersebut secara kontrak dalam perkhidmatan. Calon-calon di kalangan mahasiswa yang masih menganggur adalah dialu-alukan.

Butiran jawatan adalah seperti berikut:

1. Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam (U17)
(Kawalan penyakit bawaan vektor dan keselamatan makanan)
2. Kelayakan : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian subjek Bahasa Melayu dan Sains
3. Umur : 18 tahun ke atas
4. Warganegara : Malaysia (Keutamaan kepada pemastautin Pasir Gudang)
5. Jantina : Lelaki / Perempuan
6. Bayaran
Perkhidmatan
: RM1,200.00 sebulan
7. Kelayakan lain : 8.1 Pelepasan dari bertugas selama 12 hari dalam setahun
8.2 Pelepasan bertugas kerana sakit berjumlah 10 hari maksimum dalam setahun
8.3 Tuntutan kerana menjalankan tugas rasmi bersamaan Gred 17 (kecuali elaun lebih masa)
8. Syarat-syarat
Khas
: 9.1 Sihat tubuh badan
9.2 Bersedia bekerja mengikut syif
9. Cara Memohon : Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dari;
Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Pasir Gudang,
Aras 1, Kompleks Pusat Bandar.
Atau di muat turut di www.mppg.gov.my.
10. Tarikh tutup : 25hb September 2009 (Jumaat)
11. Tempoh Kontrak : OKTOBER 2009 SEHINGGA DISEMBER 2010


jawatan kosong MDLG

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong
Tarikh tutup 18 September 2009

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat D.Y.M.M Sultan Perak yang berwarganegara Malaysia dan berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan berikut:-

1) PEMBANTU TADBIR N1 7 (Perkeranian/Operasi)

2) PENOLONG AKAUNTAN W27


Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong
Borang permohonan


jawatan kosong MPKB

Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kota Bharu
Tarikh tutup 30 September 2009


MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM

KEKOSONGAN JAWATAN :

1. PEMBANTU JURUTEKNIK (J29)
2. JURUTEKNIK LANSKAP (J17)
3. JURUTEKNIK (J17)

CARA PERMOHONAN:

1. HENDAKLAH DIBUAT MELALUI BORANG MPKB-BRI 1 YANG BOLEH DIDAPATI DIBAHAGIAN PERKHIDMATAN, TINGKAT 3 BLOK B, MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM DENGAN HARGA RM2.00.

2. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

SETIAUSAHA
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM
JALAN HOSPITAL, 15990
KOTA BHARU, KELANTAN
(U.P : PENOLONG PENGARAH PERKHIDMATAN)

Iklan ini juga boleh didapati di dalam akhbar 15 September 2009

Sumber : malaysiancareer.com

*p/s : Sila ambil perhatian pada tarikh tutup. Semoga semua berjaya.

Wednesday, September 16, 2009

  1. jawatan kosong KUIS

jawatan kosong KUIS

Iklan jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh tutup 30 September 2009

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan dengan segera di dalam bidang-bidang yang berkaitan.

1. PENSYARAH GRED DK45 TETAP / KONTRAK
2. PENSYARAH MUDA DK41 TETAP / KONTRAK
3. PENGAJAR KLINIKAL GRED U39 TETAP/KONTRAK

Iklan lengkap jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Sumber : malaysiancareer.com

*p/s : Sila ambil perhatian pada tarikh tutup. Semoga semua berjaya.

Sunday, September 13, 2009

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."


*p/s : mmg pndai anak ni kire.. haha

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.

"Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati.

"Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."

U definately will have a good laugh if u can understand hokkien....

Two old friends - a Chinaman and a Malay were having a conversation recently ....

Apek:Lu potong zaka ada bagut ka?

Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo...

Apek: err ... saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem..

Ali: Apa problem?

Apek: Manyak buang lui, lagi aah... dia punya performance tadak bagut... manyak cinang semputloh ...

Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...

Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?

Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..

Apek: err.... lu punya 1.3 atau 1.5??

Ali: woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya 6 inci laa..

Apek: Tiu nia ma... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6 inci..

Ali: Cilaka apek ni...nah tengok (opens his trousers).

Apek: Chee sin punya olang.....gua tanya baik2 ... lu tunjuk lupunya lanchiau..

Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..

Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau... Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..


Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja.. Bukan potong zaka la..... Proton Saga........lah


*p/s : I know you are laughing..... pass it to your friends who need a laugh too.. :)

  1. jawatan kosong MDT
  2. jawatan kosong MDP
  3. jawatan kosong MPAJ

jawatan kosong MDT

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Tapah, Perak
Tarikh tutup 30 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

1. JURUTERA (AWAM) J41
2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
4. PENOLONG JURUTERA J29
5. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
7. PENOLONG JURUAUDIT W27

Iklan lengkap jawatan kosong di MDT

jawatan kosong MDP

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Pendang, kedah
Tarikh tutup 16 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut;

Nama Jawatan : PEMANDU KENDERAAN
Kementerian/Jabatan : Majlis Daerah Pendang.
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
Gred Gaji : R 3
Taraf Jawatan : Sementara
Kekosongan : 1


Iklan lengkap jawatan kosong Majlis Daerah Pendang, kedah


jawatan kosong MPAJ

Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
Tarikh tutup 24 September 2009

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor

1. PEGAWAI PENERANGAN
2. PEMBANTU UNDANG-UNDANG
3. PENOLONG JURU UKUR BAHAN
4. PENOLONG JURUTERA
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR
6. PEMBANTU PERTANIAN
7. PEMBANTU AKAUNTAN
8. JURUTEKNIK AWAM
9. JURUTEKNIK BANGUNAN
10.JURUTEKNIK UKUR BAHAN
11.JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR
12.JURUTEKNIK M & E
13.PEKERJA AWAM

Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)


Sumber : malaysiancareer.com

*p/s : Sila ambil perhatian pada tarikh tutup. Semoga semua berjaya.

Friday, September 11, 2009

Bahan-bahan:

* Pasta sebungkus (tak kesah yang memaner pun, kali ni aku guna pasta linguine, tapi setengah bungkus jer, sebab tak ramai kat umah)
* Sos tomato
* Daging cincang
* Fish cake dan fish ball
* Daun bawang
* Cili kisar
* Bawang merah dan bawang putih di mayang
* Garam secukup rasa

Cara-cara:

* Menggunakan periuk didihkan air, kemudian tambah pasta dan sedikit garam ke dalam air rebusan, kemudian rebus pasta tersebut sehingga mencapai kelembutan yang sempurna
* Panaskan kuali dan tumis bawang merah dan putih dengan minyak
* Tambahkan cili kisar barang sesudu dua
* Kemudian tumis sehingga cili itu garing dan masukkan daging cincang
* Gaul daging itu sehingga daging itu masak, kemudian tambahkan fish cake dan fishball
* Selepas fish ball dan fish cake tersebut masak, tambahkan sos tomato ke dalam campuran tersebut
* Jika kuahnya terlalu berair, biarkan ianya mendidih sehingga agak kering, kemudian tambahkan hirisan daun bawang kedalam kuali.
* Jangan lupa masukkan garam ke dalam kuah tersebut secukup rasa.
* Pasta boleh dihidangkan selepas itu, enak di makan semasa sedang panas

mencuba semua…

mencuba semua…

  1. jawatan kosong MAIJ
  2. jawatan kosong MDPH

jawatan kosong MAIJ

Iklan jawatan kosong di Majlis Agama Islam Johor
Tarikh tutup 18 September 2009

Rakyat negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki
negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan
sebagaimana berikut :


1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (lelaki sahaja)
2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM(lelaki Sahaja)


Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Agama Islam Johor

jawatan kosong MDPH

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Tarikh tutup 18 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti di dalam iklan.

1. Pembantu Undang-Undang - L29
2. Penolong Jurutera - J29
3. Penolong Jurutera - J29
4. Pembantu Tadbir - N17

Iklan jawatan kosong MDPH
Borang permohonan


Sumber : malaysiancareer.com

*p/s : Sila ambil perhatian pada tarikh tutup. Semoga semua berjaya.

Thursday, September 10, 2009

Oleh: Ismail Abu Bakar (darussyifa online)

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.


Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)

Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua
Wallah hu ‘alam

  1. jawatan kosong MARA
  2. jawatan kosong UiTM
  3. jawatan kosong PTPTN

jawatan kosong MARA

Iklan jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat MARA
Tarikh tutup 27 September 2009

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru /Pensyarah MARA) di Institusi-institusi Pendidikan MARA.

Iklan lengkap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Guru /Pensyarah MARA)


jawatan kosong UiTM

Iklan jawatan kosong Universiti Teknologi MARA
Tarikh tutup 21 September 2009

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Sabah bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Iklan Jawatan Pentadbiran
Borang Jawatan Pentadbiran


Iklan Jawatan Akademik
Borang Jawatan Akademik


jawatan kosong PTPTN

Iklan jawatan kosong Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Tarikh tutup 30 September 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2008 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut :

1. Pegawai Tadbir N41
2. Akauntan W41
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17
6. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
7. Pembantu Akauntan W17
8. Pemandu Kenderaan Bermotor R3

Iklan lengkap jawatan kosong PTPTN
Borang permohonan

Sumber : malaysiancareer.com

*p/s : Sila ambil perhatian pada tarikh tutup. Semoga semua berjaya.

Wednesday, September 9, 2009

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan blog ini tanpa sebarkan
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward blog ni) :)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

huhuhu~

*yg baik tu kte amik la. amal makruf nahi mungkar.

  1. jawatan kosong MUIP
  2. jawatan kosong FELDA
  3. jawatan kosong MPK
  4. jawatan kosong MDLG
  5. jawatan kosong PPJ
  6. jawatan kosong PAJPM

jawatan kosong MUIP

Iklan jawatan kosong di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
tarikh tutup pada 30 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

Nama Jawatan : Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid dan Surau Daerah


Iklan lengkap jawatan kosong MUIP

Borang permohonan


jawatan kosong FELDA

Iklan jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Tarikh tutup 15 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Penolong Pegawai Rancangan Tanah


Iklan lengkap jawatan kosong FELDA
Borang permohonan


jawatan kosong MPK

Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)
tarikh tutup 16 September 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan di Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

1. Pembantu Undang-Undang - L29
2. Penolong Arkitek Landskap - J29
3. Penolong Pegawai Pertanian - G27
4. Pembantu Pertanian - G17

Untuk maklumat penuh Iklan Jawatan Kosong sila klik SINI


jawatan kosong MDLG

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong
Tarikh tutup 18 September 2009

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat D.Y.M.M Sultan Perak yang berwarganegara Malaysia dan berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan berikut:

1) PEMBANTU TADBIR N1 7 (Perkeranian/Operasi)
2) PENOLONG AKAUNTAN W27

Sila Klik di sini untuk maklumat Lanjut

Muat Turun Borang Permohonan DI SINI

jawatan kosong PPJ

Iklan jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya (PPJ)
Tarikh tutup 15 September 2009


Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan bagi jawatan-jawatan seperti lampiran disertakan ini.

1. Penolong Pegawai (Senibina) Gred J29(sambilan)
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27(sambilan)
3. Juruteknik (Awam/ Elekterikal/Mekanikal/Senibina) Gred J17

Iklan lengkap PPJ


jawatan kosong PAJPM

Iklan jawatan kosong di Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri
Tarikh tutup 11 September 2009

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri seperti berikut:-

Iklan lengkap Pembantu Am
Borang permohonan

Sumber : malaysiancareer.com

*p/s : Sila ambil perhatian pada tarikh tutup. Semoga semua berjaya.

Tuesday, September 8, 2009

Sekadar sebagai tazkirah atau peringatan, berikut disenaraikan secara am dan ringkas, perkara-perkara wajib, sunat dan penyempurnaan puasa bulan Ramadan sebagai amalan khusus bulan ini.

Perkara wajib puasa:

i. Mengetahui permulaan Ramadan.

ii. Berniat pada setiap malam Ramadan

iii. Menahan diri daripada makan dan minum, jimak, mengeluarkan mani atau muntah dengan sengaja pada siang hari.

Perkara sunat puasa:

i. Bersahur.

ii. Melambat-lambatkan sahur.

iii. Menyegerakan berbuka.

iv. Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari.

v. Membanyakkan sedekah dan meluaskan belanja bagi keluarga serta menggandakan amalan kebajikan yang lain.

vi. Membanyakkan tadarus al-Quran.

vii. Memperbanyakkan iktikaf di dalam masjid.

Selain perkara-perkara asas di atas, kita juga diajar melalui perantaraan para ulama untuk menjaga perkara-perkara yang menyempurnakan puasa kita, moga-moga kita beroleh puasa ahli Khawas iaitu puasa mereka yang soleh dan bertakwa. Antara perkara itu adalah:

i. Menunduk dan memejamkan mata dari perkara yang tidak sepatutnya.

ii. Memelihara lidah daripada perkataan yang haram dan sia-sia.

iii. Memelihara telinga daripada benda-benda yang haram, makruh dan sia-sia.

iv. Menjaga tangan, kaki dan anggotanya yang lain daripada perkara yang haram, makruh dan sia-sia.

v. Menjaga perutnya ketika berbuka daripada benda-benda yang haram atau syubhat.

vi. Tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal apabila berbuka.

vii. Sentiasa merasa khauf (takut) kiranya puasanya tidak diterima Allah SWT dan raja' (harap) agar-agar Allah SWT menerima puasanya.

Begitulah tujuh perkara yang boleh menyempurnakan lagi puasa kita walaupun ada lagi diriwayatkan pelbagai amalan mereka yang lebih tinggi martabatnya di sisi Tuhan seperti menahan diri daripada apa-apa keinginan dan keasyikan duniawi serta mengosongkan diri dari memikirkan selain daripada Allah SWT dan Akhirat sebagai sebahagian daripada puasa Ramadan.

Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan shalat tidaklah diterima karena orang yang meninggalkan shalat adalah kafir dan murtad.

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya : Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan shalat?

Beliau rahimahullah menjawab, “Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan shalat tidaklah diterima karena orang yang meninggalkan shalat adalah kafir dan murtad. Dalil bahwa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (QS. At Taubah [9] : 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan shalat.” (HR. Muslim no. 82)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai shalat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahwa meninggalkan shalat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat mayoritas sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.

‘Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi’in yang sudah masyhur) mengatakan, “Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara shalat.” [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari ‘Abdullah bin Syaqiq Al ‘Aqliy ,seorang tabi’in. Hakim mengatakan bahwa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan shalat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, “Shalatlah kemudian tunaikanlah puasa”. Adapun jika engkau puasa namun tidak shalat, amalan puasamu akan tertolak karena orang kafir (karena sebab meninggalkan shalat) tidak diterima ibadah dari dirinya.
[Sumber: Majmu’ Fatawa wa Rosa-il Ibnu ‘Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]

Hanya Shalat dan Puasa di Bulan Ramadhan

Al Lajnah Ad Da’imah lil Buhuts Ilmiyyah wal Ifta’ (Komisi Fatwa di Saudi Arabia) pernah ditanya:

“Apabila seseorang hanya di bulan Ramadhan semangat melakukan puasa dan shalat, namun setelah Ramadhan berakhir dia meninggalkan shalat, apakah puasanya di bulan Ramadhan diterima? ”

Jawab:
“Shalat merupakan salah satu rukun Islam. Shalat merupakan rukun Islam terpenting setelah dua kalimat syahadat. Dan hukum shalat adalah wajib bagi setiap individu. Barangsiapa meninggalkan shalat karena menentang kewajibannya atau meninggalkannya karena menganggap remeh dan malas-malasan, maka dia telah kafir. Adapun orang yang melakukan puasa Ramadhan dan mengerjakan shalat hanya di bulan Ramadhan saja, maka orang seperti ini berarti telah melecehkan agama Allah. (Sebagian salaf mengatakan), “Sejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah (rajin ibadah, pen) hanya pada bulan Ramadhan saja.”

Oleh karena itu, tidak sah puasa seseorang yang tidak melaksanakan shalat di luar bulan Ramadhan. Bahkan orang seperti ini (yang meninggalkan shalat) dinilai kafir dan telah melakukan kufur akbar, walaupun orang ini tidak menentang kewajiban shalat. Orang seperti ini tetap dianggap kafir menurut pendapat ulama yang paling kuat. Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri telah bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai shalat, barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” (HR. Ahmad, Abu Daud, At Tirmidzi, An Nasa’i, Ibnu Majah dengan sanad yang shahih dari Buraidah Al Aslamiy)

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
Inti (pokok) segala perkara adalah Islam, tiangnya (penopangnya) adalah shalat, dan puncaknya adalah jihad di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi dengan sanad shahih dari Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu)

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الْكُفْرِ وَ الشِّرْكِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

Pembatas antara seorang muslim dengan kekafiran dan kesyirikan adalah meninggalkan shalat.” (HR. Muslim dari Jabir bin ‘Abdillah Al Anshoriy). Dan banyak hadits yang semakna dengan hadits-hadits di atas.

Wa billahit taufiq, wa shallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa alihi wa shohbihi wa sallam.

Al Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’
Ditandatangani oleh ‘Abdullah bin Mani’ dan ‘Abdullah bin Ghodyan selaku anggota, ‘Abdur Rozaq ‘Afifi selaku Wakil Ketua dan ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz selaku Ketua.
[Sumber : Fatawa Al Lajnah Ad Da-imah Lil Buhuts Ilmiyyah wal Ifta’, pertanyaan ke-3, Fatawa no. 102, 10/139-141]
***
Setelah kita menyimak tulisan di atas, sudah selayaknya seorang muslim menjaga amalan shalat agar amalan lainnnya pun menjadi teranggap dan bernilai di sisi Allah. Kadar Islam seseorang akan dinilai dari penjagaan dirinya terhadap shalat. Imam Ahmad –rahimahullah- mengatakan, “Setiap orang yang meremehkan perkara shalat, berarti telah meremehkan agama. Seseorang memiliki bagian dalam Islam sebanding dengan penjagaannya terhadap shalat lima waktu. Seseorang yang dikatakan semangat dalam Islam adalah orang yang betul-betul memperhatikan shalat lima waktu. Kenalilah dirimu, wahai hamba Allah. Waspadalah! Janganlah engkau menemui Allah, sedangkan engkau tidak memiliki bagian dalam Islam. Kadar Islam dalam hatimu, sesuai dengan kadar shalat dalam hatimu.“ (Lihat Ash Sholah, hal. 12)

Oleh karena itu, sudah saatnya seorang hamba yang sering melalaikan shalat untuk bertaubat sebenar-benarnya dengan ikhlas karen Allah, menyesali dosa yang telah dia lakukan, kembali rutin mengerjakan shalat dan bertekad untuk tidak meninggalkannya lagi. Semoga Allah memudahkan kita dalam melakukan ketaatan kepada-Nya dan menerima setiap taubat kita. Amin Yaa Mujibas Sa’ilin.

***

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:

  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1430/home.htm

Satu hari semasa aku berjalan2 di kampung aku terjumpa seorg pemuda yg ditimpa masalah. Muka dia mmg serupa org mati bini jadi aku pun tegur dia.

Aku: Kenapa dgn lu ni brader? mcm ada problem jer?

Pemuda: Tadi saya kena rompak. Habis wallet ngan hanset kena pow.

Aku: Oh ye ke? Saya tgk brader ni bukan org sini.

Pemuda: Ya bang saya sebenarnya baru datang ke kampung ni untuk mencari hidup tenang.

Aku: Oh.. takpe dulu pun saya cam brader jugak datang ke sini mencari hidup tenang. Brader boleh tumpang kat rumah saya utk sementara waktu.

Masa kat rumah sedg makan nasik aku pun ingin menceritakan nostalgia aku kat pemuda tu.

Aku: Seperti saya cakap tadi saya pun serupa macam brader. Datang ke kampung untuk mencari ketenangan hidup. Dulu saya ni bekerja kat syarikat yg besar kat Kolumpo. Saya masa tu byk duit dan saya lupa akan dunia. Asal dapat gaji aku guna duit tu utk maksiat. Aku joli kat disko lah... .. jadi kaki perempuan lah. Kiranya mcam2 maksiat aku dah buat kat dunia nih.

Pemuda: Tragis sungguh!

Aku: Ya mmg tragis! sampailah satu ketika aku telah menghisap ganja. Lama2 kehidupan aku menjadi terumbang-ambing. Aku telah menjadi pekerja yg malas dan akhirnya... bos aku dgn nada Donald Trump dia sound aku "You're Fired!"

Pemuda: Lepas tu?

Aku: Hidup aku menjadi tidak tenang. Jadi aku telah berhijrah ke kampung jumpa mak aku. Aku cakap kat mak yg aku dah insaf. Dia maafkan aku dan sekarang aku tgh menguruskan kebun aku sendiri kat kampung ni sebagai bukti aku dah insaf. Dan hari ini aku telah jumpa kehidupan yg tenang selama ini aku cari.

Pemuda tu: Kebun tu kat mana?

Aku: Takpe lepas makan dan solat saya bawakkan brader lawat kebun saya.

Jadi lepas makan dan solat aku pun bawak pemuda tu pergi kebun aku. Sedang melawat tu tiba2 pemuda itu macam happy gila bila terjumpa salah seorg pekerja aku. Rupa2 nya dia nak cari member dia yg bernama Hidup Tenang Bin Jamaludin. Kenapalah sastera sungguh nama tu?

hahaha...lawak..lawak..

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers