::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Wednesday, September 2, 2009

Makna Jin.

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie -
perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang
tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin.
Antaranya :-

1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari
tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri
bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada
api yang sangat panas.

2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :

Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api
( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

3. Surah Al-¡®Araf ayat 12 :

Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan
ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a

Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari
lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan
kepada kamu ( tanah ).

Asal Kejadian Jin.

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya
atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama
lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan
" Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang
amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur
warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak
berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati
dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas¡¯ud pula menyatakan
bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian
daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari
sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan
roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh
Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk
dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w
mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh
Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah
kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan
roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut
sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus
mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah
dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu
roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai
dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan
sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah
campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh,
akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala
mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut,
contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan
Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada
Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada
Nurani semata-mata.

Cara pembiakan Jin.

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan
zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan
menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat
kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus
mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf.
Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula apabila menyentuh
paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap
biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila
menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu.
Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan
panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan
Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang
terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai
dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa
perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula
ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan
keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang
kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal
beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula
yang kembali beriman kepada Allah.

Agama puak-puak Jin.

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang
soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang
kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang
dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin
kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat
sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga
golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam
hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers