::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Friday, October 30, 2009

  1. jawatan kosong TLDM
  2. jawatan kosong MDYP
  3. jawatan kosong CIDB
  4. jawatan kosong MDBB
  5. jawatan kosong MDTM
  6. Program pembangunan Belia India
  7. jawatan kosong KUIN
  8. jawatan kosong KKP

jawatan kosong TLDM

Iklan jawatan kosong di Tentera Laut DiRaja Malaysia






Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (lain2 pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan:

SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki SPM/ SPMV dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam Matematik dan 3 matapelajaran lain.

- Berumur di antara 18 - 23 tahun pada tarikh angkat sumpah 6 Jan 2010.

- Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

- Berat badan minima 49 kg bagi lelaki dan 40 kg bagi wanita dengan ketinggian 1.60 meter (lelaki) dan 1.47 meter (wanita). Body Mass Index (BMI) antara 19 - 26.9 (lelaki) dan 18 - 23 (wanita).

- Ukuran dada biasa 76 sm & kembang 81 sm (lelaki sahaja)

- Penglihatan hendaklah terang.

SIJIL & DOKUMEN:

- Kad Pengenalan
- Sijil PMR/ SRP/ SPM/ SPMV
- Sijil berhenti sekolah
- Sijil akademik
- Sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat berukuran 16 sm x 23 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri.

Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka dari jam 8.30 pagi - 9.00 pagi.

Permohonan tidak akan diterima selepas waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.

JADUAL & PUSAT PERMILIHAN

29 OKT 2009 (KHAMIS)
- SK TAMAN UDA, ALOR SETAR
* Pemohon Wanita

31 OKT 2009 (SABTU)
- SMK RANTAU PANJANG, KELANTAN
* Pemohon Lelaki

2 NOV 2009 (ISNIN)
- SMK PANJI ALAM, KUALA TERENGGANU
* Pemohon Lelaki

3 NOV 2009 (SELASA)
- SK SULTAN SULAIMAN II, KUALA TERENGGANU
* Pemohon Wanita

5 NOV 2009 (KHAMIS)
- SMK MAT KILAU, KUANTAN
* Pemohon Lelaki

7 NOV 2009 (SABTU)
- SMK SERI PERHENTIAN, PONTIAN, JOHOR
* Pemohon Wanita

8 NOV 2009 (AHAD)
- SK TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN 2, JOHOR BAHRU
* Pemohon Lelaki

10 NOV 2009 (SELASA)
- SK BATU BERENDAM 2, MELAKA
* Pemohon Lelaki

12 NOV 2009 (KHAMIS)
- SK RAHANG, SEREMBAN
* Pemohon Lelaki

MAKLUMAT LANJUT :
03-2071 3177 / 03-2071 3178


jawatan kosong MDYP

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Yong Peng
Tarikh tutup 2 November 2009







Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di MAJLIS DAERAH YONG PENG, JOHOR DARUL TA’ZIM.

1. Penolong Jurutera



Iklan lengkap jawatan kosong Majlis Daerah Yong Peng


jawatan kosong CIDB

Iklan jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
Tarikh tutup 30 Oktober 2009






Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia menjemput Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan, berminat dan berdedikasi untuk mengisi jawatan berikut :-

1.PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM S41


Iklan lengkap jawatan kosong Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia


jawatan kosong MDBB

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah bandar Baharu
Tarikh tutup 2 November 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan ntuk memenuhi jawatan berikut:-

1.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN - U29
2.PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - J29
3.PEMBANTU TEKNIK - J29
4.PEMBANTU TADBIR (P/O) - N17
5.PEMBANTU AM RENDAH - N1

Iklan lengkap jawatan kosong Majlis Daerah bandar Baharu



jawatan kosong MDTM

Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Tanjung Malim
Tarikh tutup 30 Oktober 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. Jawatan :
PEMBANTU AM PEJABAT




( Kekosongan jawatan : 1 )

Kumpulan Perkhidmatan :
Sokongan

Klasifikasi Perkhidmatan :
Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji :
Gred N1




P1T1RM 649.15 – P1T22 RM1506.79




P2T1RM 691.62 – P2T22 RM 1583.49




P3T1RM 735.72 – P3T22 RM 1661.82

Syarat lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

( a ) warganegara Malaysia,

( b ) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan,

( c ) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(Gaji permulaan ialah gred N1:P1T2).

Taraf jawatan : Tetap

Cara memohon:-

a. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDTM (PKDM) yang boleh didapati di SINI.

b. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, surat beranak yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran paspot.

c. Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui ketua Jabatan masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

d. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Tanjung Malim

Peti Surat 59,

35900 TANJONG MALIM

sebelum atau pada:- 30.10.2009

Catatan Am:

a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

b. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



Program pembangunan Belia India

Program pembangunan Belia India
Senarai Penyedia Latihan dan kursus yang ditawarkan

TAFE COLLEGE SEREMBAN
Lot 5409, Mukim Ampangan
Jalan Sikamat
70400 Seremban
Pn. Vijayalaksmi
06-7632020
017-2266146

BINARY UNIVERSITY
COLLEGE
No. 1 101 Business Park
Persiaran Puchong Jaya Selatan
Bandar Puchong Jaya 47100
Selangor
En.Thinaharan J
03-80706590
012-6995655


QUALITY WELD ACADEMY
(M) SDN. BHD
No. 126 Jalan Tenaga 20
Taman Tenaga 43000 Kajang
Selangor
En. Azizul Akmal
03-87337170
012-2737642


PERSATUAN KEBAJIKAN
WANITA INDIA PUCHONG
No. 12 Jalan Puchong 3/2
Taman Puchong Prima
47100 Puchong
Selangor
Pn. Mohana Muniandy
016-2056035


INTERNEXIA SDN. BHD
C-G -15 Block C SME
Technopreneur Center 2270
Jalan Usahawan 2 63000
Cyberjaya Selangor
En. Kalai
03-77812300
016-2820710

dan banyak lagi

senarai Program pembangunan Belia India



jawatan kosong KUIN

Iklan jawatan kosong di Kolej Universiti Insaniah
Tarikh tutup 29 Oktober dan 15 November 2009

Senarai Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Di INSANIAH

1.Kaunselor S41 - tutup pada 15 November 2009
2.Pembantu Makmal - C17 - tutup pada 15 November 2009
3.Pegawai Khidmat Pelanggan - N17 tutup pada 29 Oktober 2009
4.Penyelia Asrama - N17 tutup pada 29 Oktober 2009
5.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)- N17

Iklan lengkap jawatan kosong Kolej Universiti Insaniah





jawatan kosong KKP

Iklan jawatan kosong di Kolej kejururawatan Pusrawi
Tarikh tutup 31 Oktober 2009

1.Program Koordinator/Ketua Akademik


Syarat-Syarat:
-Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan/Sarjana (Bachelor/Master) yang berkaitan dengannya.
-Memiliki Sijil Metodologi Pengajaran
-Berpengalaman dalam bidang pengurusan sekurang-kurangnya 3 tahun dan berpengalaman sebagai Pengajar Kejururawatan minima 3 tahun
-Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)

2. Pensyarah/Pengajar Klinikal

Syarat-syarat:
-Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Diploma Kejururawatan
-Pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 3 tahun
-Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil pengkhususan seperti OT,Kesihatan Umum dan sebagainya.
-Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)

3.Kursus Diploma Sains Kejururawatan


Syarat-Syarat:
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kredit termasuk matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan salah satu matapelajaran Sains (Biologi atau Kimia atau Fizik) serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
-Tempoh kursus selama 3 tahun sepenuh masa

Calon-calon yang berminat sila hantar surat permohonan, salinan sijil-sijil dan gambar saiz pasport ke alamat:

Kolej Kejururawatan Pusrawi
Tingkat 5, Bangunan Tabung Haji,
28,Jalan Rahmat,Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4044 9504/5
Faks: 03-4044 9502



*p/s : Slamat berjaya. All best wish along ur way!

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers