::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Thursday, October 15, 2009

Kebanyakkan freelancer boleh mendapat pendapatan bulanan yang lebih baik jika mereka mempunyai pekerjaan tetap. Malah kebanyakkan freelancer juga memilih untuk mendapatkan pekerjaan tetap jika berpeluang.

Tetapi kenapa anda terus memilih untuk menjadi freelancer? Selalunya pilihan ini adalah pilihan kedua, selepas gagal mendapat pekerjaan atau pilihan ketiga selepas gagal mendapat pekerjaan untuk kali kedua.
Jika anda memilih untuk menjadi seorang freelancer kerana anda mempunyai kelebihan tertentu. Anda merasa sangat rugi jika kelebihan itu hanya mendatangkan keuntungan kepada majikan anda, padahal sepatutnya anda lebih berhak untuk merasa keuntungan itu, anda betul. Tetapi jika anda sebenarnya hanya mendapat pendapatan bulanan (secara purata) lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai pendapatan tetap anda sebenarnya adalah seorang penganggur!

Sila hadapi kenyataan.

Ramai yang saya pernah jumpa menggunakan berbagai alasan untuk terus kekal sebagai seorang freelancer, walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pendapatan yang sangat rendah dan langsung tidak mempunyai masa depan. Mereka percaya masih ada cahaya di hujung terowong, saya cuma berharap itu bukanlah cahaya lampu keretapi.

Bagi memastikan pendapatan anda adalah lebih baik berbanding jika anda mempunyai pekerjaan tetap, mulakan dengan mendapatkan pendapatan bulanan anda sebagai seorang freelancer. Pendapatan tahunan anda dibahagi dengan dua belas bulan bagi mendapatkan purata pendapatan bulanan anda. Kemudian bandingkan dengan gaji semasa untuk jenis pekerjaan anda.

Dapatkan tawaran gaji semasa melalui iklan jawatan kosong di akhbar, internet atau rakan-rakan. Dapatkan juga pendapatan bulanan mereka yang telah bekerja selama beberapa tahun, bandingkan dengan pendapatan anda. Pendapatan anda sepatutnya lebih dari mereka yang berpendapatan tetap atau sekurang-kurangnya sama. Jika tidak, apa yang anda boleh lakukan?

Portfolio
Yang pertama sekali anda perlu sediakan adalah portfolio. Sebelum mana-mana pelanggan mengupah anda, mereka ingin melihat apa yang anda boleh lakukan. Mereka ingin memastikan anda mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada mereka. Untuk portfolia, anda boleh siapkan dua jenis portfolio iaitu laman web dan cetakan. Portfolio cetakan boleh dibuat secara lebih ringkas, tetapi laman web anda perlulah lengkap.

Jika anda masih baru sebagai seorang freelancer dan tidak pernah bekerja tetap sebelum ini, anda mungkin mempunyai masalah untuk menyiapkan sebuah portfolio kerana kekurangan hasil kerja. Tawarkan perkhidmatan anda secara percuma kepada rakan-rakan atau saudara-mara. Hasil kerja anda boleh digunakan untuk tujuan portfolio anda.
Contoh laman web untuk portfolio:
Deep
Sid Lee
Muid Latif
Les illustrations de Lapin

Pelanggan.
Seterusnya anda perlukan pelanggan, pastikan semua orang tahu anda perlukan kerja. Tidak perlu ego seolah-olah anda mempunyai beratus kerja atau pelanggan menunggu untuk anda. Pastikan semua orang tahu, anda sedang mencari kerja dan bersedia untuk menawarkan perkhidmatan anda. Jangan memilih, tidak ada bayaran yang terlalu kecil bagi anda.
Tetapkan sasaran dan berusaha untuk mencari pelanggan, setiap hari!

E-Mail
Jika anda adalah seorang web designer, siapkan beberapa template dan berikan percuma kepada sesiapa yang mendaftar untuk e-mail list anda. Hantarkan e-mail kepada senarai ini untuk maklumkan tawaran perkhidmatan anda dari masa kesemasa.

Jika anda seorang programmer, anda boleh sediakan script percuma. Seorang jurugambar boleh menyediakan action script untuk tujuan edit gambar di Photoshop, seorang penulis mungkin boleh menyediakan template untuk surat.
Untuk e-mail anda boleh melanggan dengan:
Aweber
Constant Contact
Campaign Monitor

Saguhati memperkenalkan pelanggan.
Berikan sedikit wang saguhati kepada rakan-rakan atau saudara-mara yang memperkenalkan pelanggan kepada anda. Maklumkan kepada raka-rakan anda, mereka boleh mendapat sedikit saguhati sekitar 10%-15% dari nilai upah anda.

Cadangan percuma.
Berikan cadangan secara percuma untuk syarikat atau individu. Dapatkan senarai syarikat dari direktori seperti Matrade, Yellow Pages, Mudah, SME Info. Lawati laman web mereka, jika anda rasakan laman web mereka sudah ketinggalan, boleh diperbaiki atau anda dapat mengesan sebarang kelemahan beri cadangan kepada mereka. Rekabentuk cadangan anda untuk satu atau dua muka lengkap dengan penerangan.

Hubungi mereka melalui telefon maklumkan anda adalah designer dan ingin menghantar cadangan rekabentuk, siapa yang boleh dihubungi. Biasanya anda akan disambungkan kepada mereka yang bertanggungjawab, jelaskan anda ingin menghantar cadangan rekabentuk laman web mereka secara percuma. Minta e-mail individu yang bercakap dengan anda, hantar rekabentuk cadangan anda lengkap dengan senarai harga, anggaran masa untuk disiapkan dan maklumat rekabentuk anda.
Hubungi lagi selepas beberapa hari untuk dapatkan maklum balas.

Business Card
Business card adalah medium yang sangat penting untuk tujuan pemasaran anda. Edarkan business card anda kepada mereka yang berpotensi. Lawati pameran perdagangan, edarkan business card anda.

Pemasaran untuk perkhidmatan anda adalah proses yang berterusan, selepas beberapa lama anda akan dapat meliihat kesannya. Sebagai seorang freelancer anda perlu mempunyai kelebihan tertentu dan fokuskan kelebihan anda itu dalam promosi anda.

Jika anda adalah seorang freelancer penganggur (ini terma baru) ini masanya untuk berubah. Jika anda ada tips yang lebih baik, kongsikan.

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers