Tilt-Shift adalah satu teknik fotografi yang memberikan impresi sebuah model miniatur di dalam foto tersebut. Photoshop boleh meniru teknik ini dengan menggunakan filter Lens Blur.

SEBELUM & SELEPAS

Pilihan imej yang sesuai adalah seperti bangunan, jalan, taman dan apa sahaja yang dirakam daripada sudut yang tinggi. Mari kita cuba buat sama-sama.
LANGKAH 1:

- Buka satu imej di dalam Photoshop
- Kemudian, aktifkan Quick Mask Mode. Tekan ‘Q’ atau klik pada ikon Quick Mask Mode di bahagian bawah toolbar.
- Selepas itu, pilih Gradient Tool
LANGKAH 2:

- Gradient Tool: Pilih Reflected Gradient (di bahagian atas Photoshop)
- Buat satu garisan menegak. Titik permulaan garisan menegak akan menjadi titik fokus kepada efek ini.
- Cuba jaya: jika anda kurang berpuas hati dengan hasil gradient, undo dan ulang sekali lagi.
LANGKAH 3:

- Kembali kepada Standard Mode. Tekan ‘Q’ atau klik pada ikon Quick Mask Mode di bahagian bawah toolbar. Rujuk Langkah 1 untuk ikon Quick Mask Mode.
- Satu selection akan terhasil.
LANGKAH 4:

- Dengan selection masih lagi aktif, kita applykan filter Lens Blur. Klik menu Filter > Blur> Lens Blur.
- Adjustkan radius mengikut kesesuaian imej anda.
- Klik Ok, bila selesai.
LANGKAH 5:

- Untuk memberikan sedikit kontra warna, kita gunakan Level Adjustment. Tekan Ctrl + L.
- Laraskan slider.
- Klik OK.
LANGKAH 6:

- Untuk mendapatkan warna yang vibrant seperti model miniatur, gunakan Hue/Saturation. Tekan Ctrl + U.
- Laraskan Saturation kepada lebih kurang +40.
- Klik OK.
HASIL:

VARIASI (CONTOH LAIN):



Credit by
Imran Abdul Jabar
Sifoorian
bestla ada tutorial cengginin...
ReplyDelete