::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Wednesday, January 27, 2010

Tercari-cari teknik menukar foto kepada efek catan warna air yang realistik? Hanya dengan menggunakan Filter > Watercolor sahaja belum mencukupi. Mari cuba teknik ini.
hasil1

SEBELUM & SELEPAS

sebelumselepas1

LANGKAH 1:

smartblur
  • Buka fail orkid.jpg yang disertakan di dalam fail zip (sila download zip di bahagian bawah laman ini). Atau, guna imej anda sendiri.
  • Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru itu sebagai ‘Smart Blur‘ sebab kita akan applykan filter Smart Blur kepada layer ini.
  • Klik menu Filter > Blur > Smart Blur. Setkan Radius: 10.0 dan Threshold: 30.0
  • Klik OK.

LANGKAH 2:

glowingedges
  • Duplicate layer ‘Smart Blur’ (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru sebagai ‘Glowing Edges‘ sebab kita akan applykan filter > Glowing Edges.
  • Klik menu Filter > Stylize > Glowing Edges. Setkan Edge Width: 1, Edge Brightness: 12, Smoothness: 15.
  • Klik OK.

LANGKAH 3:

multiply
  • Invertkan warna layer ‘Glowing Edges’. Tekan Ctrl + I.
  • Kemudian, desaturatekan warna, tekan Ctrl + Shift + U.
  • Tukarkan layer blend mode untuk layer ‘Glowing Edges’ daripada Normal kepada Multiply.
  • Setkan opacity: 80%.

LANGKAH 4:

colordodge
  • Select layer ‘Smart Blur’, dan duplicate layer ini (tekan Ctrl + J).
  • Namakan layer baru ini sebagai ‘Brush Painting‘.
  • Terbalikkan warna di layer ini, tekan Ctrl + I untuk Adjustment > Invert.
  • Kemudian, tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Color Dodge.

LANGKAH 5:

brushpainting
  • Pilih Brush Tool di dalam Toolbar.
  • Pilih Dry Media Brush (Size 39). Setkan opacity brush kepada 10% (di bahagian atas Photoshop).
  • Setkan warna foreground kepada hitam (#000000).
  • Perlahan-lahan, beruskan garisan-garisan stroke di layer ‘Brush Painting’. Buat secara rawak (random).
  • Anda akan dapat hasil seperti imej di atas.

LANGKAH 6:

watercolor
  • Select layer asal iaitu layer Background.
  • Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J). Ia akan diberi nama sebagai ‘Background copy‘.
  • Susun layer ini supaya ianya berada di atas kesemua layer (tekan Ctrl + Shift + ])
  • Applykan filter Watercolor kepada layer ini. Klik menu Filter > Artistic > Watercolor. Setkan Brush Detail: 12, Shadow Intensity: 0, Texture: 3.
  • Klik OK.
  • Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Luminosity.
  • Setkan opacity layer kepada 25%.

LANGKAH 7:

adjustmentlayer
  • Sebagai langkah terakhir, kita akan applykan New Adjustment Layer > Level. Klik pada ikon di bahagian bawah panel layer.
  • Laraskan slider Level sehingga anda berpuas hati dengan kontra warna yang dibuat.
  • Saya setkan slider pada 71, 1.40, 229 untuk imej saya.

HASIL:

hasil1

VARIASI (CONTOH LAIN):


contoh011

Credit by
 Imran Abdul Jabar
Sifoorian



*p/s : Slamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers