::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Sunday, January 17, 2010

jawatan kosong uitm

Posted: 16 Jan 2010 03:48 PM PST
Iklan jawatan kosong di UiTM Kampus Machang
Tarikh tutup 21 Januari 2010

Universiti Teknologi MARA Kelantan dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di UiTM Kelantan Kampus Machang bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. Jururawat Masyarakat - U19
2. Penyelia Asrama - N17




jawatan kosong Kraftangan

Posted: 16 Jan 2010 03:40 PM PST
Iklan jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tarikh tutup 23 Januari 2010

Agensi Dibawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia:-

1.PEREKA B41
2.PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
3.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
4.PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27
5.PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
6.JURUTEKNIK J17
7.JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
8.PEMBANTU MAKMAL C17

Iklan lengkap jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


jawatan kosong DBKL

Posted: 16 Jan 2010 03:29 PM PST
Iklan jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tarikh tutup 22 Januari 2010

Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan, matang dan berwibawa adalah dipelawa memohon jawatan seperti berikut:

A. Jawatan : PEMBANTU PENGUATKUASA
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Klasifikasi Perkhidmatan : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
Taraf Jawatan : KONTRAK

Jadual Gaji : GRED N17 :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

I. Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

(ii) telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia mengikut sistem terbuka dengan mendapat kepujian di dalam 2 mata pelajaran dan lulus dalam empat mata pelajaran lain termasuk Bahasa Melayu dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; atau

(iii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas
84sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh pegawai Perubatan Kerajaan.

DAN (c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a) (i) dan (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

C. CARA MEMOHON
i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Internet sahaja dengan melayari http://www.dbkl.gov.my.
ii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil yang berkaitan, Sijil-sijil Persekolahan dan Buku Perkhidmatan Polis/Tentera yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

Sebelum atau pada : 22 Januari 2010

E. CATATAN:
i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya

borang permohonan jawatan kosong di DBKL

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers