::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Saturday, January 16, 2010

Pe pendapat korunk ttg kejadian sknk yg slh faham pemikiran kaum kristian dgn penggunaan kalimah? tanda2 akhir zaman dh nmpk serba sedikit, yg aku thu nnt akhir zaman "terdpt byk agama yg serupe dgn agama Islam", bile dipikirkn blk dh nmpk dh simptom2 awal.. berkenaan dgn isu skunk ni, aku bengang jgk dgr, n org cm tasyrif ni mngkn dh xtahan sgt kn.. tp cbe pikir blk.. klu kte wt cmtu secare xlngsng kte tlh mmburukkn agama kte sendri. kte kne cri jln lain utk menyedarkn n mengelakkn dr kejadian ini berlaku. Ni aku selitkn artikel utk bacaan..



MOHAMAD Tasyrif ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA: Pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dituduh menggunakan aplikasi internet itu secara sedar untuk memberi komen dalam laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."

Pelajar tahun pertama jurusan perfileman itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 8.10 malam, 10 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan hakim yang sepatutnya mendengar kes itu, Aslam Zainuddin berada di Shah Alam untuk mengendalikan prosiding lain dan diganti dengan Majistret Ho Kwong Cin.

Mohamad Tasyrif yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berjalan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan Mohamad Tasyrif yang tidak diwakili peguam boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh bagaimanapun, ditahan sehingga 18 Januari ini bagi membolehkan kes itu disebut semula di depan Aslam.

Petikan oleh : Siti Nurazlinee Azmi

5 comments:

  1. budak saje je nk masuk paper...

    gile glamer kot...

    hahaha...

    ReplyDelete
  2. haha~ tu la tp truk gkkn.. dh tu sorg je.. bkn berjemaah.. hehe~

    ReplyDelete
  3. Salam, agama Islam 100% berbeza dengan agama lain pada zaman Rasulullah. Sebab itu kaum Quraisy susah nak terima Islam sedangkan mereka ni faham bahasa Arab. Sebab itu juga ada golongan munafiq sebab mereka tak sanggup susahkan diri kerana Islam. Golongan munafiq ni payah nak solat Isyak dan Suboh berjemaah di masjid Nabawi sebab suasana gelap dan sejuk. Waktu2 lain mereka ada solat bersama Nabi. Sebab tu kafir Quraish tak sanggup masuk Islam kerana yang munafik pun dah tak tahan. Apa lagi nak susahkan diri untuk perkara2 lain. Nak keluarkan duit sendiri untuk sedekah dan zakat, dll. Sekarang ni klu kat surau tu yang solat berjemaah berapa kerat je berbanding jumlah penduduk Islam dalam taman. Sebab tu sekarang ni agama 'Islam' atau orang Islam tak banyak beza dengan bukan Islam. Bezanya cuma tak makan khinzir.

    ReplyDelete
  4. itu aje dah kena naik mahkamah, pemimpin melayu nie bleh fikir ke???? raja melayu di hina bangsa lain knpa mahkamah tak ambil tindakan?

    ReplyDelete
  5. pehh cian die....
    em da jadi 1 kbiassan kot kite komen2 camtu kat fb kan...aku pon marah gak..rase nk bom gak..tp d bawah kewarasan..sape je nk bikin mslah..ckap je slalu..nk wat betul2 msti r pikir macam2 dlu..lagi2 tertuduh ni sorg student,,,

    ush kalw hakim da change kpd yg non-muslim tu yg lagi hot tu..

    emm sbnarnye user fb skang kene hati2..xleh kasi statement suke hati sgt..butiran2 yg private tu pon kalw leh jgn letak..cz owner n admin fb ni kafir n yahudi!...
    dorg leh snag2 kenakan kite yg islam ni..die leh hack sume..em xde mende yg private bile kite da msuk alam internet ni..aku blajar infmtion mnagment..so taw serba skit..dorag byak agenda dgn mggunakan FB je..
    dorag leh jejak kite bdasarkan status or ape2 yg kite ltak kat fb tu..bkan takat fb je..social network laen pon same gak...

    so hati2 la semua umat ISLAM..

    >_<

    ReplyDelete

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers