::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Wednesday, June 9, 2010

BARANGAN bantuan kemanusiaan dibawa konvoi kapal ke Gaza yang dirampas Israel dipamer di   Tzrifin, selepas Hamas menghalangnya memasuki wilayah Palestin berkenaan, semalam. 

BARANGAN bantuan kemanusiaan dibawa konvoi kapal ke Gaza yang dirampas Israel dipamer di Tzrifin, selepas Hamas menghalangnya memasuki wilayah Palestin berkenaan, semalam.

Tel Aviv beri alasan mahu siasat sendiri kes serang konvoi misi kemanusiaan

BAITULMAQDIS: Israel masih berkeras enggan tunduk kepada gesaan agar serangan komandonya ke atas kapal MV Mavi Marmara dilakukan di peringkat antarabangsa, sebaliknya bercadang untuk melakukan siasatannya sendiri.

Langkah ini tidak menepati siasatan pada peringkat antarabangsa sebagai mana dikehendaki oleh beberapa pemimpin dunia berikutan serbuan komando Israel itu yang mengakibatkan sembilan warga Turki terkorban.

Keputusan itu dibuat oleh menteri kanan Israel masih perlu mendapat kelulusan Kabinet penuh, dan menurut media tempatan, negara Yahudi itu sedang mengadakan perhubungan dengan Washington bagi memperoleh sokongan Amerika Syarikat.

Siasatan dalaman yang dicadangkan Israel itu akan melihat hanya aspek kesahihan sekatan tentera lautnya di Gaza dan serangan pada 31 Mei lalu ke atas konvoi kapal berkenaan yang cuba melanggar sekatan itu, kata Menteri Tidak Berportfolio, Benny Begin menerusi radio awam semalam.

Menteri Pertahanan, Ehud Barak menjelaskan anggota komando yang melakukan serangan itu tidak akan disoal siasat.
“Saya ingin menegaskan anggota komando terbabit, yang menjalankan tugas yang diarahkan kepada mereka dan terpaksa membuat keputusan dalam tempoh singkat sama ada akan menembak tanpa menimbang soal perundangan, tidak disoal siasat,” katanya.

Ankara, yang marah berikutan kematian rakyatnya, salah seorangnya memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, berikrar pemulihan hubungan tidak timbul sama sekali kecuali Israel bersetuju dengan siasatan peringkat antarabangsa.

Israel berkeras dengan pendiriannya bahawa kapal terbabit perlu dihentikan kerana ia mungkin membawa senjata untuk Hamas, yang berhasrat menghapuskan negara Yahudi berkenaan.

“Sekatan dan pemantauan barangan dibawa melalui laut ke Gaza perlu dilakukan bagi mengelakkan penambahan roket, peluru berpandu, senjata dan bahan peperangan lain,” kata Barak.

Israel juga menegaskan anggota komandonya diserang dengan belantan dan pisau apabila mereka menaiki kapal Mavi Marmara, dan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. – AFP


sumber dari berita harian

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers