JANGAN
SANGKA LELAKI SENTIASA BERHASRAT UNTUK SEKS, PANTANG ADA PELUANG TERUS
MENYAMBAR. SEBENARNYA ADA MASA LELAKI JUGA AKAN MENOLAK MELAKUKAN
HUBUNGAN INTIM. BERIKUT ADALAH MASA-MASANYA:-
Kurang Tidur
Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumah tangga. Pukul 3.00 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan untuk seks kerana apabila sedang membara. Tapi seiring pertambahan usia dan tempoh perhubungan itu sendiri, minat untuk berhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.
Kadar Hormon
Stimulasi fisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan Sex Hormone Binding Globulin (SHBG) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosteron, prolaktin, SHBG diperlukan
Masalah Identiti
Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan maka minatnya pada seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalah kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun
atau mungkin langsung hilang.
Hati Tersinggung
Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antara adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.
Berbeza Pendapat
Lelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk mengelakkan seks berbeza pendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.
Pengambilan Ubat Ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan menjadi penyebab berlakunya disfungsi seksual pada kaum Adam.
Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.
Takutkan Keintiman
Mungkin kedengaran aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.
Fungsi Seksual Terganggu
Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat akan menghindari seks dengan pasangan. Bagi lelaki ini daripada kecundang sebelum ‘berperang’ lebih baik tidak memulakannya langsung. Sekiranya ketika ini suami menghindari seks, cara berkesan untuk mengajaknya untuk kembali bersama adalah menjauhkan kritikan yang sifatnya menjatuhkan air muka atau ‘mencela’ kejantanannya. Dibantu dengan informasi jelas dan pakar seks, sebahagian besar kes sebegini boleh diselesaikan.
nak share jgak lam blog eira ok??
ReplyDelete@eira
ReplyDeleteOK je :) sharing is caring.