Umat Islam keliru tentang membenarkan pegang anjing dgn tangan yg
kering adalah dalam beberapa keadaan seperti darurat dan memburu. BUKAN pegang dan bela secara SENGAJA.
Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam
termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith
yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana
memberi minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika seekor anjing
berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga,
seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia
menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka
Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat
al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia
bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit
ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
Bagi orang Islam,
anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan,
berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.
"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang
sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu
Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani
dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat
dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara
anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi
janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi
diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya menyokong sepenuhnya apa
yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat
perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing
pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan
bersikap ihsan kepada anjing.
Saya bukan anti anjing, Tapi saya
cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak
perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu
'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk
anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?
Allahua'lam
Sumber: fb/mygosip
*Tepuk dada tanya iman :)
::Attention::
- This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
- I do not host or upload any file here
- The article are written in English & Bahasa Malaysia.
Thursday, October 23, 2014
- 10/23/2014 12:13:00 AM
- MrZam
- 2014, News
- No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment