::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Wednesday, September 20, 2017

Belanja Untuk Hidup, Bukan Hidup Untuk Belanja
Lapan (8) Perkara Paling Penting Untuk Berbelanja Dengan Bijak Dan Selamat 


Ramai di antara kita yang selalu berbelanja sakan macam dunia ini anda yang punya! Wah gembiranya perasaan waktu itu. Mana tak nya? Tudung jenama popular pulak tengah promosi sakan, kita yang rasa nak cantik macam selebriti ni mulalah meroyan rasa macam nak beli semuanya! Kalau boleh semua design kita nak! “Kau rasa kau ni artist kah?” Hmmm…  Ini bukan retis…ini menangis jawabnya!

Inilah rata-rata senario yang kita lihat hari ini, di mana ramai pembeli akan merasakan mereka patut berbelanja lebih bila mereka ada peluang, tetapi mereka tak sedar yang mereka telah terlebih berbelanja sehingga kadang-kadang menjadi mangsa terhadap promosi, iklan dan macam-macam lagi tawaran-tawaran yang merambangkan mata! Tak salah nak bershopping ala-ala self reward sekali sekala… Tapi mesti ada cara yang betul, mesti ada strateginya.

Jadi persoalannya di sini bagaimana kita hendak mengawal diri kita ini untuk berbelanja dengan cara yang betul?

Jom kita ikut cara-cara ini!

1) SENTIASA SEDIAKAN SENARAI HARGA BARANG YANG HENDAK DIBELI Kalau tak follow, memang larilah budget jawabnya. Huhu…!

2) SENTIASA BUAT PERBANDINGAN ANTARA HARGA DAN KUALITI DAHULU SEBELUM MEMBELI. Kena rajin buat perbandingan, mungkin masa membeli belah kita akan banyak terbuang. Tetapi hasilnya akan nampak bila kita check resitnya nanti.

3) JANGAN BAWA WANG YANG TERLALU BANYAK KETIKA MEMBELI. Bawa wang ikut anggaran harga barang-barang yang nak dibeli. Lebih sikit tak mengapa. Tapi kalau boleh bawak cukup-cukup saja. Kalau dah tau anda tu memang seorang yang boros, memang tak selamatlah kalau anda bawak duit lebih.

4) SENTIASA SEMAK RESIT BELIAN ANDA. Bab-bab ni memang kena cerewet sikit. Ini penting untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged). Kadang-kadang ada jurujual yang tersalah tekan, tersalah scan dan sebagainya. Karang tak pasal-pasal kita pulak yang terpaksa menanggung kerugiannya!

5) JANGAN MEMBELI HANYA BERDASARKAN JENAMA. Ramai di antara kita yang terpengaruh dengan barangan import atau “branded goods” yang kadang-kadang jauh lebih mahal dari barang local. Yang penting belilah barangan yang berkualiti. Ibarat alah membeli menang memakai gitu!

6) JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN IKLAN ATAU PROMOSI. Baca dengan teliti setiap promosi yang kita nampak atau terima. Kadang-kadang indah khabar dari rupa ye.

7) ELAKKAN BERBELANJA MENGGUNAKAN KAD KREDIT. Ini menggalakkan anda berhutang. Bahaya! Siapa yang dah terkena penyakit ni memang susah nak pulih. Oleh itu elak. Kalau boleh tak pakai langsung.

8) BERBELANJALAH BERDASARKAN KEMAMPUAN ANDA DAN APA KEPENTINGANNYA.
Kesimpulannya di sini, ingatlah pada pesanan oleh mak-mak kita iaitu ‘Ukurlah Baju Di Badan Sendiri’. Ya walaupun bunyinya sangat cliche tapi percayalah impaknya sangat tajam dan berkesan kerana, kita berbelanja untuk hidup, bukan hidup untuk belanja.

oleh Team Richworks pada 15 September 2017

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers