::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Tuesday, December 29, 2009

Selamat datang tahun 2010. Tahun baru paling sinonim dengan azam dan segala cita-cita yang baik-baik belaka. Memang kita selalu ambil peluang tahun baru untuk melaksanakan sesuatu kerana itulah yang dianggap masa paling ideal.

Ini sudah jadi sesuatu yang amat klise, seolah-olah apabila hendak berubah, mesti tunggu tahun baru. Sedangkan hakikatnya, mati tidak mengenal usia dan sepatutnya untuk berubah kita tidak perlu menunggu masa yang sesuai. Ditakdirkan Allah, kita dijemput Tuhan dalam masa beberapa hari sebelum menjelang tahun baru, menyesal pun sudah tidak berguna lagi!

Namun tidak salah dan tidak terlewat juga untuk berazam kerana sesuatu yang baik itu memang patut dilakukan terus. Bak kata orang, lebih baik lewat daripada tiada langsung. Malah seandainya ada niat untuk berubah sekali pun sudah beroleh pahala.

CERITA PEMBUNUH
Ini dapat dikaitkan dengan sebuah kisah yang diceritakan dalam hadis Rasulullah dalam kitab Sahih Muslim mengenai seorang lelaki pembunuh yang berazam untuk berubah dan bertaubat selepas membunuh 99 orang.

Dia bertemu seorang alim dan bertanya mengenai peluangnya untuk bertaubat. Tetapi malangnya orang alim itu ‘tersalah’ menggunakan kaedah dakwah; menyatakan pintu taubat telah tertutup untuk lelaki itu. Dia marah dengan kenyataan itu lalu membunuh orang alim berkenaan. Genaplah mangsanya 100 orang. Namun si pembunuh ini masih mahu berubah. Berdasarkan maklumat orang ramai, dia bertemu seorang alim lain yang beragama Islam. Soalan yang sama diajukan. Jawab ulama ini, “Tentu sahaja pintu taubat masih terbuka untukmu? Siapa yang boleh menutup pintu itu untukmu?” Ulama itu menasihatinya agar berhijrah ke sebuah negeri kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Katanya, “Sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu.”

HIJRAH
Pembunuh itu pun berhijrah dengan semangat berkobar-kobar. Dia mengikut suatu rombongan ke negeri berkenaan. Malangnya dalam perjalanan, dia jatuh sakit dan meninggal dunia. Malaikat rahmat dan malaikat azab turun ke dunia untuk mengambilnya. Dua malaikat ini berebut akan roh si mati. Kata malaikat azab, si mati itu miliknya kerana dia belum melakukan apa-apa kebaikan. Maka dia harus diazabkan sesuai dengan kesalahannya yang banyak membunuh selama ini. Kata malaikat rahmat pula, si mati sudah bertaubat dan sedang dalam perjalanan untuk menuju kebaikan. Memang dia belum melakukan apa-apa kebaikan, tetapi dalam hatinya, memang ada niat untuk berubah.

Perebutan itu akhirnya dileraikan oleh seorang lagi malaikat. Malaikat yang ketiga ini mengarahkan dua malaikat ini untuk mengukur jarak. Andai si mati berada di lokasi yang lebih dekat dengan negeri dituju, malaikat rahmat berhak ke atasnya. Seandainya si mati berada lebih dekat dengan negeri asalnya, malaikat azab yang layak mengambilnya. Selepas mengukur jarak, nyatalah si mati berada lebih hampir dengan negeri yang dituju. Dengan dengan itu, malaikat rahmat berhak mengambilnya dan membawanya ke tempat yang sepatutnya.

0 comments:

Post a Comment

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers