::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Monday, May 16, 2016

Suatu ketika dulu, bila kawan-kawan ajak keluar, memang tak payah fikir dua kali... cakap saja kat mana, mesti sampai punya!

Tapi sejak dah beranak-pinak ni, nak keluar pintu rumah saja dah boleh dikira satu adventure! Itu tak kira time makan lagi...

Jangan risau! Kafe-kafe ini khas untuk para ibu bapa yang mementingkan keselesaan untuk seisi keluarga apabila tiba masa untuk menjamu selera:

  • 1. Goodness Greens Cafe, Taman Tun Dr Ismail

    • Peminat jus La Juiceria pasti teruja dengan kafe terbaru mereka yang menyajikan menu penuh nutrisi, termasuk salad yang boleh direka sendiri! Si kecil boleh menikmati jus-jus berwarna-warni mereka di sudut permainan yang disediakan. Aktiviti seni untuk kanak-kanak juga diadakan di kafe ini; ikuti mereka di media sosial untuk menyertai sesi seterusnya!

      Alamat: 32 Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
      Waktu Operasi: 9 pagi - 9 malam (Isnin - Jumaat) | 8 pagi - 9 malam (Sabtu & Ahad)
      No. Telefon: +6018 368 3320
      Pork-free (dalam proses mendapatkan sijil Halal)

      Ikuti Goodness Greens Cafe di Instagram | Facebook
      says.com
  • 2. Rimba & Rusa, Kota Damansara

    • Sementara geng dewasa mengopi dan berborak, geng kenit pula boleh bermain sepuas hati di sudut mainan yang disediakan di tingkat atas. Bagi ibu bapa yang gemar dengan sajian sihat, menu menarik yang disediakan di Rimba & Rusa pasti menambat hati! Pilih daripada pelbagai jenis salad, pasta, hidangan tempatan, dan juga smoothie!

      Alamat: D-GF-01 Sunway Nexis, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
      Waktu Operasi: 8 pagi - 11 malam (Selasa - Ahad) | 4 petang - 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin
      No. Telefon: +603 6151 4022
      Pork-free

      Ikuti Rimba & Rusa di Instagram | Facebook
      says.com
  • 3. Sköhns Canteen, Damansara Perdana

    • Lokasi sudut permainan yang bersebelahan dengan meja-meja makan di kafe yang kasual dan ceria ini memudahkan ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka setiap masa. Kafe yang banyak menyokong kerja amal ini perfect untuk ibu bapa yang ingin menyematkan budaya tolong-menolong dalam anak-anak mereka. Mainan dan pakaian boleh diletakkan di rak Free Market mereka, dan makanan juga boleh dibayar untuk orang yang lebih memerlukan melalui program Suspended Meals mereka.

      Alamat: Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya
      Waktu Operasi: 11 pagi - 10.30 malam
      No. Telefon: +6016 567 0672
      Pork-free (owner dan chef Muslim; hanya bekalan Halal digunakan)

      Ikuti Sköhns Canteen di Instagram | Facebook
      says.com
  • 4. Big Daddy Little Chefs, Quill City Mall

    • Kafe ini merupakan sebahagian daripada outlet Happikiddo, jadi sementara menjamu selera, parents juga boleh membeli-belah barang-barang keperluan untuk anak-anak. Sudut permainan di kafe ini antara yang paling popular di Kuala Lumpur, khususnya kerana pengunaan citrus woodchips anti-bakterial semulajadi di kawasan sandpitnya.

      Alamat: Lot No. 2.26 - 2.31, Tingkat 2, Happikiddo Quill City Mall, 1018 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
      Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
      No. Telefon: +603-2602 1596
      Pork-free (chef Muslim; hanya bekalan Halal digunakan)

      Ikuti Big Daddy Little Chefs di Instagram
      says.com
  • 5. Kopimeo, Shah Alam

    • Kafe hipster yang bertempat di Seksyen 9, Shah Alam ini memberikan penyelesaian terbaik kepada ibu bapa yang ingin bersantai sambil menghirup secawan latte: bawa anak-anak sekali dan biar mereka bermain di sudut permainan yang disediakan! Ibu bapa yang minat dengan muzik mungkin mendapat ilham untuk sesi jamming impromptu dengan anak-anak mereka apabila melihat gitar-gitar yang tergantung di dinding kafe ini. Menu yang disediakan juga kid-friendly, termasuk hot dog dan juga churros.

      Alamat: 29 Jln Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam
      Waktu Operasi: 12 tengah hari - 10 malam | Tutup pada hari Jumaat
      No. Telefon: +6012 247 2341
      Pork-free (chef Muslim; hanya bekalan Halal digunakan)

      Ikuti Kopimeo di Instagram
      says.com
  • 6. Noriter, 1 Mont Kiara Mall

    • Natural light yang mengisi setiap sudut kafe ini menjadikannya tempat yang ceria untuk ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa. Kawasan permainannya lengkap dengan pelbagai mainan dan buku-buku yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mempunyai elemen pembelajaran. Noriter amat popular sebagai pilihan venue untuk majlis hari jadi pada hujung minggu, jadi jangan lupa untuk semak jika kawasan permainannya akan dibuka untuk orang awam sebelum berkunjung.

      Alamat: 2-21C, Tingkat 2, 1 Mont Kiara, 1 Jalan Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
      Waktu Operasi: 9.30 pagi - 9 malam
      No. Telefon: +6010 295 3099
      Pork-free

      Ikuti Noriter di Facebook | Laman web
      says.com
  • 7. Benbino, Publika

    • Kafe yang memberikan sepenuh tumpuan kepada kanak-kanak ini merupakan satu lagi ilham daripada Kumpulan BIG, yang popular dengan restoran-restoran seperti Plan B dan Ben's. Keselamatan menjadi keutamaan di kafe ini dan dapat dilihat melalui taman permainan yang direka khas dan meja makan tinggi supaya ibu bapa dapat memerhati anak-anak mereka sentiasa.

      Alamat: Lot 49B, Tingkat G3, Publika, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
      Waktu Operasi: 10 pagi - 9 malam (Selasa - Ahad) | Tutup pada hari Isnin
      No. Telefon: +603 6207 8557
      Pork-free

      Ikuti Benbino di Facebook | Laman web
      says.com
  • 8. Plaster Fun House Cafe, Empire Shopping Gallery

    • Ibu bapa yang ingin memupuk semangat artistik dalam anak-anak mereka bolehlah mengunjungi kafe ini, di mana mereka boleh mengecat figurine kesukaan mereka. Design yang disediakan di Plaster Fun House bukan sahaja dikhaskan untuk kanak-kanak, malah ada juga yang pasti menarik minat golongan dewasa. Jika anda lebih minat menjamu selera daripada mewarna, nikmatilah secawan kopi dan sepotong kek sambil menunggu hasil kerja tangan anak-anak anda siap!

      Alamat: S-05, Tingkat 2, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, 47500 Selangor
      Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
      No. Telefon: +603 5611 1968
      Pork-free

      Ikuti Plaster Fun House Cafe di Facebook | Laman web
      says.com
  • 9. Johnny Rockets, Sunway Pyramid

    • Outlet Johnny Rockets di Sunway Pyramid ini menjadi kegemaran mereka yang berkeluarga kerana penuh dengan kemudahan yang memastikan anak-anak (dan juga ibu bapa!) sentiasa terhibur! Naik ke tingkat dua untuk mencuba pelbagai permainan arcade yang disediakan, termasuk foosball dan table hockey. Pelayan-pelayan Johnny Rockets yang menari dan menyanyi setiap jam juga pasti menghibur hati si kecil!

      Alamat: Lot OB.F(MS), Bangunan Blue Cube, Oasis Boulevard, Tingkat 1, Sunway Pyramid
      Waktu Operasi: 12 tengah hari - 3 petang, 5 petang - 10 malam (Isnin - Jumaat) | 12 tengah hari - 10 malam (Sabtu & Ahad)
      No. Telefon: +603 5611 8252
      Pork-free

      Ikuti Johnny Rockets di Instagram | Facebook
      says.com
  • 10. Marmalade Cafe, Bangsar Village 2 & Publika

    • Marmalade Cafe memang nama yang tidak asing lagi dalam senarai restoran mesra keluarga di Kuala Lumpur. Kafe ini memberikan kanak-kanak pilihan untuk bermain sepuas hati di taman permainan dalam restoran dan juga di luar di Publika. Pelbagai aktiviti menarik juga kerap disediakan untuk hiburan kanak-kanak, termasuk sesi story-telling. Golongan ibu juga boleh menyusu dengan selesa di kafe yang menggalakkan breastfeeding ini.

      Bangsar Village 2
      Alamat:1F-18, Tingkat 1, Bangsar Village 2, No.1 Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
      Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
      No. Telefon: +603 2282 8301
      Pork-free (hanya bekalan Halal digunakan)

      Publika
      Alamat: Lot No.2 Level G3, Publika Shopping Gallery, No.1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
      Waktu Operasi: 10 pagi - 9 malam
      No. Telefon: +603 6201 7991
      Pork-free (hanya bekalan Halal digunakan)

      Ikuti Marmalade Cafe di Facebook | Laman web
      says.com
Credit: says.com

1 comment:

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers