untuk kaum Adam...
1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang,
terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu
tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang
tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur
dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang
amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih
sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang
disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa
memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman
sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail
untuk bertanyakan khabar atau paling minima
mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering
di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau
satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga
dan begitu bahagia menerimanya.
3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar
pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa
yang mereka itu penting dalam diri kamu dan
diperlukan.
4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang
amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan
terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari
ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali
sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan
dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka
sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang
disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun
mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya
kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk
kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!
6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya
mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar
inginkan kamu disisi mereka.
7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana
mereka berhak mendapat pujian.
8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan
berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu
dalam membuat keputusan.
9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya.
Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara
terus terang tentang apa yang mereka inginkan,
kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh
‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah
peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati
mereka.
10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di
celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka
terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah,
cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi
mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka
tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu
hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga
jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat
kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul
dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia
terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran,
toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam
keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu
juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara
positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana
mereka SAYANGkan kamu!"
::Attention::
- This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
- I do not host or upload any file here
- The article are written in English & Bahasa Malaysia.
Sunday, August 2, 2009
8/02/2009 08:16:00 PM
MrZam
General
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment