::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Monday, May 4, 2020

Jenis-jenis irama bacaan Al-Quran

1. Bayati
2. Shoba
3. Hijaz
4. Nihawand
5. Rast
6. Sika
7. Jiharka

Rujukan ada praktik audio contoh bacaan:
https://coretan-hampa.blogspot.com/2014/04/7-macam-lagu-dalam-seni-membaca-al-quran_28.html

Contoh lain:
https://www.youtube.com/watch?v=r511D8vWP18


Jika mahu membaca Al-Quran dengan IRAMA SENDIRI seperti irama lagu2.
Rujuk ini:

AL-KAFI #614 : HUKUM MELAGUKAN BACAAN AL-QURAN DENGAN IRAMA LAGU
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/858-al-kafi-614-hukum-melagukan-bacaan-al-quran-dengan-irama-lagu

Tuesday, November 14, 2017

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.


Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.


Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. 

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka

Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.

Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.

Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…

Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.

Saturday, August 20, 2011


Sejarah Ramadhan
  1. Ramadhan: Ertinya panas terik
  2. Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
  6. Di pilih untuk ibadat puasa.
  7. Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
  1. Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
  2. Bulan penuh keberkatan.
  3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
  4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
  5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
  7. Bulan menambah rezeki.
  8. Memberi berbuka banyak pahala.
  9. Bulan keampunan :-
  • Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
  • 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
  • 10 hari pertengahan - pengampunan,
  • 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
  3. Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)Solat berjemaah setiap waktu
  7. Solat jemaah di masjid/surau
  8. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
  9. Sahur diwaktu akhir
  10. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
  11. Mandi Janabat sebelum Imsak
  12. Kurangkan tidur
  13. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  14. Tunaikan Solat Dhuha
  15. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  16. Tunaikan solat Rawatib
  17. Jaga pacaindera
  18. Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
  19. Hadiri majlis ilmu
  20. Buat baik kepada ibubapa
  21. Isteri hendaklah taat pada suami
  22. Banyakkan bersedekah
  23. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
  24. Berbuka bersama org tua
  25. Jemput tetamu berbuka
  26. Kurangkan berat badan
  27. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  28. Baiki hubungan suami isteri
  29. Baiki hubungan jiran
  30. Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
  31. Elakkan berbelanja berlebihan
  32. Kuatkan kesabaran
  33. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
  34. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  35. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
  36. Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
  37. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
  38. Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  39. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
  40. Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
  41. Melazimkan solat waktu
  42. Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  43. Elakkan banyak berhutang
  44. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  45. Mengeluarkan zakat fitrah

“Sebarkanlah risalah ini semoga Kita sama mendapat menafaat

Saturday, February 12, 2011

Quick Infos:
Birth name : Maher Zain
Born :  March 16, 1981 (1981-03-16) (age 29) (Lebanon)
Origin :  Tripoli
Genres :  R&B, Soul music, Pop music, World music, Acoustic music
Occupations : Singer, musician, songwriter, composer
Years active : 2009–present
Labels  : Awakening Records
Website : www.facebook.com/MaherZain

Saturday, September 18, 2010

Location :  MBSA Auditorium, Shah Alam
Date : October 15th 2010 8:00 - 11:00 pm

Maher Zain - Thank You Allah



Download :  4shared

The long awaited and much anticipated live performance of Maher Zain in Malaysia.

See Maher Zain LIVE in Shah Alam October 15th 8:00 - 11:00 pm at the MBSA Auditorium....

Leading to the major event, Maher Zain will also be meeting his fans in several locations. These locations, dates and times will be announced soon.

Malay: Maher Zain LIVE di Malaysia!

Persembahan yang sekian lama dinantikan.

Raikan Maher Zain LIVE di Shah Alam: Oktober 15 08:00 - 11:00 mlm di Auditorium MBSA.

Maher Zain juga akan mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan peminat-peminat di beberapa lokasi. Lokasi-lokasi, tarikh dan masa akan diumumkan sebaik sahaja dipastikan.

Source : Maher Zain FB
Blog : Maher Blog

*p/s : Buy the original ^_^

Tuesday, April 13, 2010

Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat !!

Macam mana ya ustaz? Bagaimana nak buang perasaan ini?” tanya salah seorang peserta Kem HIJRI.

“Hmm… kamu sendiri rasa bagaimana?” saya memulangkan soalan itu kepadanya.

“Entahlah, saya tak boleh buang rasa tidak puas hati saya dengan emak dan ayah. Makin menjadi-jadi perasaan itu” katanya lagi.

“Apa yang paling kamu tidak suka tentang emak dan ayah kamu?” saya menyoalnya lagi.

“Saya tengok, kawan-kawan saya boleh ketawa dan bergurau dengan emak dan ayah mereka. Tetapi orang tua saya tidak pernah buat begitu. Mereka jarang mahu berbual dengan kami,” pelajar Tingkatan 3 itu menyambung kisah.


Rasa tidak berpuas hati dengan ibu bapa sering berlaku kepada anak remaja. Ia selalu terjadi apabila anak masuk ke usia sekolah menengah. Lazimnya perasaan itu timbul kerana pada usia begini, anak-anak mula bertandang ke rumah rakan, kadang-kadang tidur di rumah mereka, dan menjadi semakin memerhati serta memahami apa yang dilihat. Melihat cara ibu dan bapa rakan-rakan melayan keluarga mereka, menyebabkan si anak ‘tersedar’ tentang benda-benda yang tiada di rumahnya selama ini.
Kesan perbandingan.

DI PIHAK IBU BAPA

Jika perbandingan menjadi punca anak-anak tidak berpuas hati dengan ibu bapa, apakah yang patut dibuat? Adakah dengan menghentikan saingan itu, menghalang anak ke rumah rakan dan menegah mereka daripada membanding-bandingkan?

Untuk ibu dan bapa, mereka harus bertindak lebih baik daripada itu. Menyekat dan menghalang, hanya menunjukkan kelemahan kita yang mahu menggunakan kuasa, tanpa mahu meningkatkan pengaruh ke atas anak-anak. Tatkala anak membanding-banding kita dengan ibu bapa kawan mereka, itu adalah petanda kemerosotan pengaruh kita ke atas mereka. Justeru pengaruh itu mesti dipulihkan, dengan memperbaiki kualiti diri.

Muhasabah kembali, siapakah yang memperkenalkan ‘perangai membanding-bandingkan’ itu? Jika kita pernah membandingkan si anak dengan anak orang lain, merendah-rendahkannya di hadapan sepupu yang ‘lebih berjaya’, maka kita hakikatnya sedang menuai hasil tanaman sendiri. What you give, you get back!
Maka haruslah kita sebagai ibu dan bapa, bertindak mengubah keadaan itu. Berhenti membandingkan anak hingga hilang harga diri mereka, putus asa daripada berusaha memuaskan hati kita yang lebih risaukan satu B berbanding empat A dalam lima mata pelajaran yang diambilnya. Kesan banding membandingkan itu, amat perit kepada jiwa anak-anak, sebagaimana yang sedang mula berlaku ke atas diri kita sebagai ibu bapa ketika mereka memanjat usia remaja. Membandingkan kita dengan ibu bapa kawan-kawan mereka.

Berusaha jugalah untuk menyayangi anak dengan kasih sayang yang mereka fahami. Ya, kasih sayang yang difahami sebagai kasih sayang.

Sukar jalannya untuk meyakinkan anak-anak bahawa ibu bapa mereka juga menyayangi mereka, walaupun mungkin dalam bentuk yang berbeza.

Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang… aduh, luar biasa sekali bentuk kasih sayang ibu bapa seperti ini. Hingga akhirnya mungkin si anak akan berkata, “lebih baik mereka tidak menyayangiku, jika kasih sayang mereka semuanya menambah sakit dan derita!”

Mungkin kita memang bertindak begitu kerana menyayangi anak-anak.

Namun cubalah sekali sekala, menyayangi mereka dengan cara yang langsung terus dilihat sebagai kasih sayang.

Berikan telinga kepada si anak untuk mendengar keluhan mereka.

Bapa capailah bahu anak dari belakang, goncangkan tubuh mereka dalam pelukan mesra, tanda menyokong mereka untuk berjaya.

Ibu sikatlah rambut anak tanpa diminta, dan sesekali suapkan nasi ke mulut anak, biar pun dia sudah di Tingkatan 3.

Satu kasih sayang yang begitu, boleh memadamkan ratusan kepahitan yang pernah hinggap ke kehidupan semalam.

DI PIHAK ANAK-ANAK

Ada pun untuk si anak, mereka harus diajak kepada membuat satu anjakan paradigma.

“Ibu bapa penting, mereka mesti kita hormati. Jaga perasaan mereka dan jangan tinggikan suara. Tetapi ada sesuatu yang lebih penting daripada mereka,” saya mengajak remaja itu bertenang.

“Apa dia?” tanya beliau.

“Diri kamu sendiri!” saya merenung matanya. Mahu menambah kesungguhan maksud.

“Maksud ustaz?” beliau kurang faham.

“Dalam hidup ini, ada banyak benda yang kita tidak boleh pilih. Kamu tidak memilih untuk beribu bapakan mereka. Kamu juga tidak memilih untuk dilahirkan sebagai Melayu. Juga tidak memilih untuk lahir di Malaysia. Tidak dengan kulit seperti ini, atau hidung seperti itu, dan telinga sebegini. Betul?” saya menyoal.
Beliau mengangguk.

“Bukan itu sahaja. Nanti bila kamu semakin dewasa, makin banyak benda yang kamu tidak pilih tetapi terpaksa menghadapinya. Cuaca, kesesakan jalan raya, rakan kerja, dan banyak lagi. Jika kamu letakkan bahagia diri kamu pada semua perkara yang kamu tidak boleh pilih itu, maka tiadalah bahagia selama-lamanya. Kamu hilang kebahagian akibat kesesakan jalan raya, akibat cuaca, akibat fesyen, akibat sekolah, akibat tekanan rakan-rakan sebaya termasuk juga akibat ibu bapa. Susah tu!” tambah saya.
“Saya nampak apa yang ustaz maksudkan” kata beliau.

“Jadi apa yang kamu mahu lakukan?” saya memberi ruang untuk beliau berfikir sendiri.

TINDAKAN MANUSIA HEBAT

“Jangan pilih jalan yang susah untuk bahagia. Pilih jalan yang lebih senang” katanya.
Saya terpegun.

“Huh, macam mana tu?” saya kepingin untuk tahu.

“Kalau nak bahagia cara susah, saya kena ubah semua benda yang menyebabkan saya tidak bahagia. Dan itu mustahil. Tetapi jalan yang paling mudah untuk bahagia, ialah saya ubah apa yang saya paling boleh ubah!” katanya.

“Iaitu…” saya memintas kerana teruja.

“Diri saya sendiri!” katanya.

Saya hampir berdiri kerana terlalu seronok mendengar kesimpulan anak muda itu. Bangga dengan keupayaannya menangkap teladan.

“Cuma satu sahaja ustaz,” ujar beliau.

“Apa dia?” saya mahu tahu.

“Apa hikmahnya Allah bagi saya terlihat dan terpandang kelemahan ayah serta ibu?” tanya beliau. Jujur.
“Hmm. Bagi seorang anak yang ‘bahagia’, apa hendak semua dapat, semuanya elok-elok belaka, kamu rasa dia sedar tak dengan satu kelemahan yang boleh berlaku pada dirinya?” saya menjawab dengan soalan.
“Tidak. Apa dia ustaz?” beliau sedikit kebingungan.

“Dia tidak biasa dengan kekurangan. Dan tidak biasa menguruskan kelemahan. Jika dia tidak sedar dengan hal itu, bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan suaminya bila dia berkahwin nanti? Bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan anak-anaknya apabila dia menjadi ibu nanti? Kamu rasa bagaimana?” saya menyoalnya lagi.

“Mungkin bersedia. Mungkin tak bersedia. Entah!” kata remaja itu.
“Tapi kamu, kerana sudah belajar menerima dan menguruskan kekurangan ibu bapa, kamu bersedia tak andaikata suami kamu nanti ada kekurangan, anak-anak ada kekurangan?” saya menyambung tanya.
“Bersedia!” kata beliau dengan yakin.

“Rupa-rupanya, kekurangan ibu dan bapa kamu itu, adalah didikan Allah untuk menjadikan kamu manusia hebat satu hari nanti. Insya Allah. Kamu yakin?” saya membuat kesimpulan.

You just have to believe!” jawab beliau, memetik filem tema KEM HIJRI kali ini, Kungfu Panda.
“Tahniah!” saya menyudahkan perbualan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Friday, March 19, 2010

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.

Syarat wajib solat Jumaat:
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat:
  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:
  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
  2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

Syarat sah Khutbah Jumaat:
  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat iktikaf.
  9. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

Friday, February 5, 2010

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Friday, January 29, 2010

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
  
Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula


*p/s : gambar hiasan.. jgn slh phm. :)

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya
    Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala         keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup         aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
    Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan         untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim         seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya         mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di         akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran         pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan     ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun             tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Saturday, January 16, 2010


In a landmark judgment, the Kuala Lumpur High Court presented the Catholic Church a belated Christmas present by ruling that the Home Ministry’s blanket ban on the use of the word ‘Allah’ illegal.
Sumber: Malaysiakini

Sumber: http://www.hydir.com/?p=232

Mungkin ramai yang sedar atau tak bahawa pada 30 Disember 2009, 5 hari selepas sambutan Krismas di bumi 1Malaysia ini, mahkamah tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan gereja katolik untuk menggunakan nama Allah di gereja dan bahan terbitan mereka.
Ini bermakna, mereka boleh gunakan perkataan Tuhan mereka sebagai Allah dan tidak semestinya “jesus”.

Kenapa nak kecoh? Kan itu nama jer?
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi perkataan ‘Tuhan’ dalam versi bahasa Melayu mereka.

Komen that support
Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

The Question
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali  penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk  kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

Komen yang against

Apa pandangan kitab suci kita?
Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :
Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (al-Zukhruf : 87-88).

Apa pandangan ahli politik kita?
Err … I don’t know coz they busy with celebrating 2010 new year festival! No whatsoever comments come out or been publish inside the paper or their official website.

So, where do we stance?
Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari’yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar’iyyah.  Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.
Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

p/s: Know your enemy and know yourself and you can fight a hundred battles without disaster – Sun Tzu

Pe pendapat korunk ttg kejadian sknk yg slh faham pemikiran kaum kristian dgn penggunaan kalimah? tanda2 akhir zaman dh nmpk serba sedikit, yg aku thu nnt akhir zaman "terdpt byk agama yg serupe dgn agama Islam", bile dipikirkn blk dh nmpk dh simptom2 awal.. berkenaan dgn isu skunk ni, aku bengang jgk dgr, n org cm tasyrif ni mngkn dh xtahan sgt kn.. tp cbe pikir blk.. klu kte wt cmtu secare xlngsng kte tlh mmburukkn agama kte sendri. kte kne cri jln lain utk menyedarkn n mengelakkn dr kejadian ini berlaku. Ni aku selitkn artikel utk bacaan..



MOHAMAD Tasyrif ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA: Pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dituduh menggunakan aplikasi internet itu secara sedar untuk memberi komen dalam laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..."

Pelajar tahun pertama jurusan perfileman itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 8.10 malam, 10 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan hakim yang sepatutnya mendengar kes itu, Aslam Zainuddin berada di Shah Alam untuk mengendalikan prosiding lain dan diganti dengan Majistret Ho Kwong Cin.

Mohamad Tasyrif yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berjalan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan Mohamad Tasyrif yang tidak diwakili peguam boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh bagaimanapun, ditahan sehingga 18 Januari ini bagi membolehkan kes itu disebut semula di depan Aslam.

Petikan oleh : Siti Nurazlinee Azmi

Lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



Wanita
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)..

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

P/S : Pada lelaki lepas baca ni jgn plak ada terniat nak tukar jantina lak yek.......

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.


Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


Sumber : Dr HM Tuah

Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum w.b.t….


Brother & sisters..

Just want to share something with you all…
Think carefully for our next future generations…
Remember the quote “to see the future of nation just look at their youth @ youngster…
What their done is the mirror of what will happen in future….”
So what happen now give big implication on our next generation…

It’s a story about using Allah as same word as other God which in Christian they believe Jesus is the son of God.
So, the Malaysian Christian (which I believe only some of them) currently claim that the word Allah not only belong to Muslim but also for them..
For me, it’s really sad they can’t even simplest thing & hurt Malaysian people really bad…
After many decade we Malay Muslim had sacrifice a lot for the others Malaysian (neither race or religion) in the name of unity but right now when it relate to ‘Aqidah’ & purity of Islam religion it’s really too much….
I don’t want our past mistake happen again & again…..
I believe this part of the Jewish plan.
So to all Muslim, please come unite & protect our beloved religion & country….

P/S : Here I attached some interesting photo that may open any Muslim eye regarding this matter….
So, please don’t say in the name of democracy, or whatever…..




WTF IS THIS??


(Baca pada air dan diberi minum

 
1. Bismillah hirahman nir rahim.
2. Tho Ha
3. Ma anzalna alaiqal quran lalitash kho
4. Illa tazkhirotal liman yaqsha
5. Tanzil lamminman kho lakho ardho wassamawa til 'ula
6. Arrahman nu'ala 'arsis tawa


Maksud Ayat :
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Taa' Haa.
3. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung
kesusahan.
4. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah
5. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi.
6. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

Download Doa

Thursday, January 14, 2010


Ya zal ja lal li wal ikram

Wahai yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan

Wednesday, January 13, 2010


Wahai Allah Yang Maha Hidup Lagi Maha Kekal Mentadbir makhluk selama-lamanya, Aku memohon pertolongan dengan rahmatMu.

Amin

Tuesday, January 12, 2010

         Budak2 zaman skunk agk teruk. astleast amik tahu la jugak, buah sume thu tp bende2 yg wajib ni xthu, nama je persatuan kebajikan & dakwah islamiah tp asyik2 nk gaduh2, tp kepada yg baik tu teruskan.. alhamdulillah sy jarang nmpk cmni lg, myb sy jarang bersosial skunk. Inilah kenyataan yg kte kne sedarkan kerana mereka bakal pembela & peneraju masa akan datang.. Jadilah seperti Sahabat Rasulullah S.A.W, Saidina Umar ibni al-Khattab A.S. Sp beliau? bace ni -- http://ms.wikipedia.org/wiki/Umar_Al-Khattab

  • Hadis 01
    Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman
  • Hadis 02
    Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan
  • Hadis 03
    Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
  • Hadis 04
    Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
  • Hadis 05
    Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani
  • Hadis 06
    Golongan Anti Hadith
  • Hadis 07
    Golongan Yang Sentiasa Menang
  • Hadis 08
    Penyakit Umat-umat Dahulu
  • Hadis 09
    Islam Kembali Dagang
  • Hadis 10
    Bahaya Kemewahan
  • Hadis 11
    Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi
  • Hadis 12
    Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit
  • Hadis 13
    Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak
  • Hadis 14
    Dimanakah Punca Kebinasaan Seseorang
  • Hadis 15
    Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
  • Hadis 16
    Zaman Dimana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapat kan Harta
  • Hadis 17
    Harta Riba Wujud Di Merata Tempat
  • Hadis 18
    Orang Meminum Khamar dan Menamakannya Bukan Khamar
  • Hadis 19
    Sedikit Lelaki dan Banyak Perempuan
  • Hadis 20
    Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan Yang Mencakar Langit
  • Hadis 21
    Ahli Ibadat Yang Jahil dan Ulama Yang Fasiq
  • Hadis 22
    Orang Yang Berpegang Dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api
  • Hadis 23
    Golongan Ruwaibidhah
  • Hadis 24
    Peperangan Demi Peperangan
  • Hadis 25
    Masa Akan Menjadi Singkat
  • Hadis 26
    Munculnya Galian-galian Bumi
  • Hadis 27
    Tanah Arab Yang Tandus Menjadi Lembah Yang Subur
  • Hadis 28
    Ujian Dahsyat Terhadap Imam
  • Hadis 29
    Kelebihan Beribadat Di Saat-saat Huru Hara
  • Hadis 30
    Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan
  • Hadis 31
    Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah
  • Hadis 32
    Ulama Tidak Dipedulikan
  • Hadis 33
    Islam Nama Sahaja
  • Hadis 34
    Al Quran Akan Hilang dan Ilmu Akan Diangkat
  • Hadis 35
    Limabelas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala
  • Hadis 36
    Lima Maksiat Yang Disegerakan Balasannya
  • Hadis 37
    Bilakah Akan Terjadi Kehancuran
  • Hadis 38
    Bermegah-megah Dengan Masjid
  • Hadis 39
    Menggadaikan Agama Kerana Dunia
  • Hadis 40
    Golongan Yang Selamat
  • Hadis 41
    Lahirnya Imam Mahadi
  • Hadis 42
    Sepuluh Tanda-tanda Kiamat Yang Besar
Penerangan lanjut sila layari -klik >> pekida.org

    Friday, January 8, 2010

    It is a vital and important information. Muslims should now refrain from using the term "Mosque". I was flipping through this book the other day called "THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM" (he-he, they call themselves idiots) and it is filled with fun facts. One of them concerns the term "Mosque."

    So many of us think that this is the English translation of Masjid. I'm sure none of us ever wondered how this term came into being when it really had little in common with how it sounded compared to 'Masjid'. (We were very young when we were taught this English word. Our mind then were not critical & analytical, so didn't dare to ask/challenge our teachers, right?).

    Anyway this book pointed out that the term 'mosque' is derived from the Spanish word for "mosquito." It was termed as such because during the Crusades, King Ferdinand said they were going to go and swat the Muslims "like mosquitoes". (Where else can they find Muslims in large number to be swatted if not in a Masjid?).

    So, they cheekily termed "Masjid" as "Mosque". So dear Muslim brothers and sisters, refrain from using this term which is obviously a disgusting slap in the face to the Ummah.
    Educate our brothers and sisters to the history and etymology of this word. And let us replace it with the word which is MEANT to be used: Masjid! The Place of Prostration!! Not Mosque: the place to be swatted! If any of you have doubts about this, then please go look for the book and read it.

    *p/s : please send this msg to all muslims

    Categories

    Quote of the day

    Jom Cuba Resepi

    Visitor

    free counters

    Blog Archive

    Investment

    Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
    You're invited!
    1. Sign up with my invite link
    2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
    3. We both get MYR 25.00 free BTC
    https://www.luno.com/invite/APY58

    Lets Talk

    Lowyat.NET

    Resources



    Your Infos

    Followers